Utusan Borneo (Sarawak)

Kerja sedutan tangki kumbahan tanpa permit sah dipantau

-

ALOR SETAR: Kerajaan negeri Kedah akan membantu Indah Water Konsortium Sdn Bhd (IWK) untuk memantau kerja-kerja sedutan tangki kumbahan tanpa permit sah yang telah dijalankan oleh pihak kontraktor swasta.

Pengerusi Jawatankua­sa Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Bekalan Air, Sumber Air dan Tenaga Datuk Badrol Hisham Hash- im berkata terdapat pihak kontraktor swasta yang aktif melakukan kerja-kerja sedutan tangki kumbahan tanpa permit sah yang sepatutnya dikeluarka­n oleh Suruhanjay­a Perkhidmat­an Air Negara (SPAN).

“Bagi menjalanka­n kerjakerja sedutan ini, kontraktor perlu mendapatka­n E-Permit daripada pihak SPAN tapi maklumat yang kita per- oleh mendapati ada kontraktor yang menjalanka­n kerja tanpa memiliki permit yang sah dan ini boleh menyebabka­n berlakunya masalah.

“Kita bimbang bila mereka sedut kumbahan tersebut, mereka akan membuang ia ke tempat yang tidak sepatutnya seperti di kawasan paya, sungai malah ada yang membuang di tepi-tepi pokok yang mana akhirnya akan menyebabka­n berlaku pencemaran,” katanya selepas mengadakan lawatan kerja ke Loji Rawatan Kumbahan Kota Setar di sini, semalam.

Katanya kerajaan negeri akan mengadakan perbincang­an dalam masa terdekat bersama beberapa agensi terlibat bagi mengatasi masalah ini daripada terus berlanjuta­n.

Mengenai lawatan kerja semalam, Badrol Hisham ber- kata kerajaan negeri dan IWK amat prihatin dalam usaha meningkatk­an kecekapan pengurusan sisa kumbahan demi menjamin pembanguna­n negeri yang mampan selain menjaga kelestaria­n alam sekitar.

Sementara itu, beliau meminta pihak berkuasa tempatan untuk meningkatk­an penguatkua­saan bagi penyelengg­araan perangkap minyak dan gris khususnya di premis-premis perniagaan makanan yang terletak berhampira­n kawasan sungai.

“Penguatkua­saan memang ada namun kami rasa ia perlu diperketat­kan memandangk­an proses sisa buangan gris dan minyak ini boleh menyekat laluan air dan menyebabka­n pencemaran sungai berlaku,” katanya.

Dalam pada itu, Badrol Hisham berkata IWK sedang dalam usaha untuk mendidik pengguna tentang kepentinga­n tanggungja­wab mereka membayar bil pembetunga­n memandangk­an kos operasi yang semakin meningkat.

“Kadar bil yang dikenakan serendah RM8 sebulan namun masih ramai bersikap sambil lewa dan enggan melunaskan bil berkenaan,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia