Utusan Borneo (Sarawak)

50 anggota SeJIWA Kangar sertai bengkel jaga pesakit

-

menangani masalah kenaikan harga bahan itu di pasaran.

“Berdasarka­n rekod, setiap tahun Malaysia mengimport RM3.2 billion makanan ternakan bagi memenuhi keperluan industri ternakan dan perikanan yang semakin berkembang di negara ini.

“Jumlah import besar itu dapat dikurangka­n jika kita mampu mengeluark­an sendiri bahan makanan ternakan itu di dalam negara bagi menampung keperluan penternak dan ternak air,” katanya pada sidang berita selepas merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Kali ke-36 Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Kawasan Temerloh di Dewan Tun Abdul Razak semalam.

Menurutnya, Malaysia tidak mempunyai masalah untuk mengeluark­an jagung bijirin untuk ternakan kerana tanah negara adalah sesuai dan subur untuk komoditi itu.

Secara tidak langsung juga, katanya, petani boleh me- manfaatkan tanah terbiar dan bekas sawah dengan tanaman jagung kerana tanah sedia ada rendah dan subur.

“K e m e n t e r i a n a k a n berbincang dengan kerajaan negeri untuk mengenal pasti kawasan terbiar yang boleh ditanam jagung secara besarbesar­an.

“PPK boleh memain peranan di kawasan masing-masing untuk menyelaras tanaman berkenaan termasuk yang diusahakan oleh pekebun kecil,” katanya. — Bernama KUALA PERLIS: Sebanyak 50 anggota Skuad Elit Jiran Wanita (SeJIWA) Parlimen Kangar menyertai Bengkel Tatacara Penjagaan Pesakit Di Rumah untuk melengkapk­an kemahiran mereka menjaga pesakit yang terlantar di rumah.

Bengkel anjuran SeJIWA Parimen Kangar itu mendapat kerjasama Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional Perlis (JPNINPs) dan Pejabat Kesihatan Daerah Kangar berlangsun­g di Tabika Perpaduan Iris, Taman Wai Permai di sini turut disertai anggota Jiran Wanita Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Parlimen Kangar.

Pengerusi SeJIWA Parlimen Kangar, Saadiah Habil berkata bengkel tersebut dikendalik­an oleh Pegawai Pemulihan Perubatan Fisioterap­i Klinik Kesihatan Daerah Kangar, Muhammad Hizami Mustafa.

“Ilmu yang diperolehi berguna untuk anggota- anggota SeJIWA menguruska­n pesakit dan membantu ahli serta masyarakat,” katanya di sini semalam. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia