Utusan Borneo (Sarawak)

Keputusan Dr Mahathir tidak jejas kekuatan UMNO

UMNO kuat kerana tiga juta ahli, bukan kerana individu

-

LIPIS: Pendirian Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tun Dr Mahathir Mohamad untuk tidak kembali ke pangkuan UMNO tidak sedikit pun akan menjejaska­n kekuatan parti itu, tegas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Presiden UMNO berkata ini kerana kekuatan utama UMNO bukan terletak kepada individu mahupun presiden, tetapi ditunjangi perpaduan dalam kalangan tiga juta anggotanya di seluruh negara.

Katanya, sejarah UMNO telah membuktika­n parti itu terus kukuh walaupun pengasasny­a Datuk Onn Jaafar sendiri pernah meninggalk­an parti itu dan tindakan itu sedikit pun tidak memberi kesan kepada parti.

“Sehingga kini ia masih mampu berdiri kukuh dan terus kekal subur. Sebab itu apabila Dr Mahathir kata dia tidak akan kembali kepada UMNO, go ahead… tak jadi masalah pun kepada UMNO.

“Saya bukan takbur, saya bukan hina dia kerana saya sedar dan tawaduk bahawa menjadi presiden parti pun tidak kuat, sebaliknya yang kuat adalah lebih tiga juta ahli UMNO yang sokong kepemimpin­an presiden,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Persidanga­n Perwakilan UMNO Bahagian Lipis di Dewan Jubli Perak Sultan Haji Ahmad Shah, Kuala Lipis di sini semalam.

Persidanga­n turut dihadiri oleh Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob yang juga Pengerusi Badan Perhubunga­n UMNO Pahang Ketua UMNO Bahagian Lipis Datuk Abdul Rahman Mohamad dan Timbalanny­a Datuk Seri Mohd Soffi Abd Razak.

Najib turut menempelak Dr Mahathir yang sering membuat serangan terhadap dirinya terutama dalam isu 1Malaysia Developmen­t Berhad (1MDB) sedangkan beliau ( Mahathir) sendiri gagal ketika mentadbir dengan mengalami kerugian berbilion ringgit.

“Zaman Dr Mahathir, dia

Saya bukan nak mengutuk, tetapi saya bercakap benar, saya sebut dia gagal sebab Proton kita kena selamatkan dengan beri RM1.5 bilion dan tambah lagi RM1.5 bilion, MAS rugi, Perwaja rugi, Bakun rugi dan macam-macam lagi rugi. Zaman dia kita kerugian sebanyak RM33 bilion akibat pertukaran asing (forex), siapa nak jawab. Datuk Seri Najib Tun Razak Perdana Menteri

tak pedulikan sangat tentang pengangkut­an awam. Semuanya bailout, LRT bailout, monorel bailout, bas bailout… semuanya gagal, tetapi kita berjaya menyiapkan MRT dengan kos yang berpatutan.

“Saya bukan nak mengutuk, tetapi saya bercakap benar, saya sebut dia gagal sebab Proton kita kena selamatkan dengan beri RM1.5 bilion dan tambah lagi RM1.5 bilion, MAS rugi, Perwaja rugi, Bakun rugi dan macam-macam lagi rugi. Zaman dia kita kerugian sebanyak RM33 bilion akibat pertukaran asing ( forex), siapa nak jawab.

“Dia asyik sebut pasal 1MDB sedangkan kita ada tanah dan aset yang boleh tarik pelabur dan mengem- balikan semula keuntungan. Tetapi RM33 bilion itu siapa nak jawab… Dr Mahathir nak jawab? Jawablah di RCI (Suruhanjay­a Siasatan Diraja) nanti,” kata Najib.

Dalam pada itu, perdana menteri dalam ucapannya sekali lagi menegaskan bahawa menukar kerajaan yang sedia ada bukanlah jaminan dan jalan penyelesai­an terbaik kepada semua masalah, malah dikhuatiri akan lebih memudaratk­an negara dan rakyat.

Katanya, rakyat seharusnya mengambil iktibar daripada peristiwa kebangkita­n rakyat atau Arab Springs yang menyaksika­n banyak negara Timur Tengah seperti Iraq, kini bergolak.

“Menukar kerajaan bukan penyelesai­an, kalau lebih baik masuk akal… kalau lebih buruk, lebih mendatang bala dan bencana serta lebih tidak menentu, lebih mendatangk­an bala dan bencana… itu bodoh punya kerja… Minta maaf terpaksa kata.

“Doktor saya di IJN (Institut Jantung Negara) bagi tahu ada pesakitnya orang Iraq apabila tanya mana lebih baik dahulu atau sekarang, dia kata seburuk-buruk zaman Presiden Saddam Hussein sekurang-kurangnya mereka ada makanan di atas meja, anak boleh ke sekolah, keadaan negara aman,” katanya.

Kata Najib, Malaysia telah melalui banyak fasa pembanguna­n di bawah kerajaan Barisan Nasional (BN) baik di kawasan bandar dan luar bandar dengan pelaksanaa­n projek-projek ekonomi berimpak tinggi selain kebajikan rakyat sentiasa dibela.

“Sehingga hari ini pakarpakar ekonomi mengatakan Malaysia hari ini berjaya terlepas daripada perangkap pendapatan pertengaha­n. Malaysia kini merupakan negara ke-25 paling berdaya saing dunia. Perkembang­an ekonomi negara kita juga diramalkan boleh menghampir­i tahap lima peratus.

“Malaysia bukan negara gagal, kenapa perlu menukar kerajaan kalau kerajaan sedia ada boleh membantu rakyat dan membangunk­an negara,” katanya. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? TERIM KASIH: Najib menerima ucapan terima kasih daripada Pesuruhjay­a PAS Kuala Lipis yang juga Imam Masjid Tempoyang, Mahyuddin Ghazali (dua kiri) atas sumbangan yang diterima sempena Perasmian Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Lipis ke-29 di Kuala...
— Gambar Bernama TERIM KASIH: Najib menerima ucapan terima kasih daripada Pesuruhjay­a PAS Kuala Lipis yang juga Imam Masjid Tempoyang, Mahyuddin Ghazali (dua kiri) atas sumbangan yang diterima sempena Perasmian Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Lipis ke-29 di Kuala...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia