Utusan Borneo (Sarawak)

Kemajuan Pulau Pinang sekarang hasil usaha BN

-

KUALA LUMPUR: Kenyataan Tun Dr Mahathir Mohamad untuk tidak menyertai semula UMNO walaupun Datuk Seri Najib Tun Razak tidak lagi menjadi perdana menteri menunjukka­n Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) itu sudah kehabisan modal politik.

Naib Presiden UMNO Datuk Seri Hishammudd­in Tun Hussein berkata, isu keluar dan masuk semula parti bukan perkara baharu bagi Dr Mahathir kerana beliau sudah beberapa kali berbuat demikian.

“Saya rasa Tun dah tidak ada modal lagi, hari-hari ada cerita baharu. Sama ada beliau balik kepada UMNO atau tidak, saya hendak tanya kepada anggota UMNO, kalau beliau hendak balik kepada UMNO pun, anggota UMNO akan terima beliau balik?” katanya pada sidang media selepas merasmikan persidanga­n perwakilan UMNO bahagian Bandar Tun Razak, di sini semalam.

Beliau mengulas laporan media yang memetik pengakuan Dr Mahathir sebagai berkata beliau tidak akan kembali kepada UMNO walaupun Najib tidak lagi menjadi perdana menteri, melalui video klip yang dimuat naik di laman Facebook PPBM.

Dalam pada itu, mengenai hasrat UMNO bahagian Bandar Tun Razak yang mahu wakil mereka diletakkan sebagai calon pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14), Hishammudd­in berkata beliau akan membawa perkara itu kepada pucuk pimpinan parti.

Kerusi Parlimen Bandar Tun Razak merupakan kerusi tradisi yang ditandingi MCA.

Pada PRU12 dan PRU13, kerusi Parlimen itu dimenangi PKR menerusi Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang kemudianny­a menjadi wakil rakyat bebas.

Di KOTA BELUD, anggota Majlis Tertinggi UMNO Datuk Seri Ismail Sabri Yaacob pula berkata Dr Mahathir tidak boleh menganggap UMNO sebagai milik peribadi dan tiada sesiapa pun mempunyai kelebihan untuk keluar masuk UMNO sesuka hati.

“Bila tidak suka Pak Lah (Tun Abdullah Ahmad Badawi), dia (Dr Mahathir) keluar (UMNO); bila gaduh dengan Tunku Abdul Rahman, dia keluar, bila tidak suka Datuk Seri Najib, dia keluar. Tak boleh la. Perjuangan UMNO bukan untuk kepentinga­n peribadi tetapi untuk orang Melayu dan Bumiputera,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan persidanga­n perwakilan Pemuda, Wanita dan Puteri UMNO Bahagian Kota Belud.

Katanya, UMNO pun tidak menjemput Dr Mahathir menyertai semula parti itu memandangk­an bekas perdana menteri itu sekarang setaraf dengan pemimpin pembangkan­g lain yang menubuhkan parti sematamata untuk menjadi musuh UMNO dan menentang kerajaan. — Bernama BUTTERWORT­H: Segala pembanguna­n dan kemajuan di Pulau Pinang hari ini adalah hasil usaha kerajaan Barisan Nasional (BN) semasa memerintah negeri ini, sebelum DAP mengambil alih pemerintah­an lebih kurang sembilan tahun lepas, kata Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman.

“Pulau Pinang hari ini adalah apa yang telah dilakukan oleh kerajaan BN dalam beberapa tahun lepas. Kerajaan DAP kini meng- hampiri hujung penggal kedua. Apa yang dia (DAP) buat, melainkan (mengungkap­kan) retorik, janji-janji manis dan propaganda perkauman,” katanya.

Bercakap pada sidang akhbar selepas merasmikan Persidanga­n Perwakilan UMNO Bahagian Batu Kawan, di sini semalam, Tajuddin turut menegaskan bahawa tiada sesiapa yang boleh menafikan kenyataan bahawa pembanguna­n di negeri ini dibawa oleh BN kerana DAP hingga ke hari ini masih gagal menunaikan banyak janji mereka.

“Kerajaan BN yang ditunjangi UMNO adalah kerajaan yang adil kepada semua kaum - Melayu, Cina, India dan apa bangsa (kaum) sekalipun di Malaysia,” katanya.

Sehubungan itu katanya, jentera UMNO negeri digesa untuk bekerja dengan lebih keras dan proaktif dalam menghadapi pilihan raya umum akan datang jika mahu melihat parti itu kembali berkuasa di Pulau Pinang. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? UNTUK ALBUM: Hishammudd­in (tengah) bergambar bersama para perwakilan selepas merasmikan Mesyuarat UMNO Bandar Tun Razak di Kuala Lumpur, semalam. Turut hadir Ketua Bahagian UMNO Bandar Tun Razak Datuk Rizalman Mokhtar.
— Gambar Bernama UNTUK ALBUM: Hishammudd­in (tengah) bergambar bersama para perwakilan selepas merasmikan Mesyuarat UMNO Bandar Tun Razak di Kuala Lumpur, semalam. Turut hadir Ketua Bahagian UMNO Bandar Tun Razak Datuk Rizalman Mokhtar.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia