Utusan Borneo (Sarawak)

Perak serah senarai calon PRU14 kepada pengerusi BN

-

GERIK: Senarai calon Barisan Nasional (BN) Perak bagi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) telah diserahkan kepada pucuk pimpinan parti, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Pengerusi Badan Perhubunga­n UMNO negeri Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata senarai tersebut membabitka­n wakil rakyat sedia ada dan calon yang berpotensi serta disukai rakyat untuk bertanding.

“Saya sudah menyerahka­n senarai nama calon berkenaan untuk pertimbang­an Perdana Menteri setelah diminta berbuat demikian berdasarka­n kriteria yang telah dipakai pada pilihan raya kecil yang lalu dan pilihan raya umum di Sarawak.

“Antara kriteria berkenaan yang diumumkan presiden parti ialah kita akan melihat kesesuaian calon yang berada di kawasan berkenaan sama ada calon itu memberikan sumbangan kepada rakyat untuk dipilih mewakili BN pada PRU akan datang,” katanya

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas merasmikan persidanga­n perwakilan UMNO Bahagian Gerik di Dewan Serbaguna Gerik di sini semalam.

Turut hadir Ketua UMNO Bahagian Gerik Datuk Hasbullah Osman.

Zambry yang juga Menteri Besar Perak berkata pemilihan calon berkenaan tidak diketahui oleh mana-mana calon kerana apa yang penting calon berkenaan mampu memberikan sumbangan terbaik terhadap rakyat.

Menurutnya lagi, BN Perak tidak akan mengamalka­n politik menakut-nakutkan rakyat kerana ia boleh menimbulka­n suasana tidak harmoni dalam kalangan rakyat.

“Kita memberi perhatian kepada pembanguna­n dan pertumbuha­n ekonomi dan kesejahter­aan serta kemudahan kepada rakyat.

“Sebagai parti yang bertanggun­gjawab dan memerintah, kita tidak akan menimbulka­n sesuatu perkara yang boleh menimbulka­n suasana tidak harmoni dalam kalangan rakyat,” katanya.

Dalam pada itu, Zambry berkata Jalan Gerik ke Pengkalan Hulu di Kerunai dekat sini akan dibaiki dengan kos RM1.8 juta akibat air sering bertakung apabila hujan lebat dan banjir kerana kawasan itu rendah. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? MESRA RAKYAT: Zambry (tengah) melambaika­n tangan kepada anggota parti pada perasmian Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Geik di Gerik, semalam. Turut hadir Ketua UMNO Bahagian Gerik Datuk Hasbullah Osman (empat kanan).
— Gambar Bernama MESRA RAKYAT: Zambry (tengah) melambaika­n tangan kepada anggota parti pada perasmian Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Geik di Gerik, semalam. Turut hadir Ketua UMNO Bahagian Gerik Datuk Hasbullah Osman (empat kanan).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia