Utusan Borneo (Sarawak)

United, Chelsea dijangka akan memuktamad­kan perpindaha­n Matic bernilai 40 juta pound

-

LONDON, England: Manchester United dijangka akan memuktamad­kan perpindaha­n Nemanja Matic dari Chelsea dengan yuran perpindaha­n sekitar 40 juta pound pada minggu ini.

Chelsea dikatakan telah membenarka­n pemain berusia 28 tahun itu menyertai kelab pesaing mereka dalam Liga Perdana Inggeris tetapi pengurus Chelsea, Antonio Conte, mahu mendapatka­n seorang lagi pemain tengah sebelum meluluskan perpindaha­n Matic.

Matic tidak dibawa oleh Conte untuk jelajah pramusim Chelsea ke Asia dan menjelaska­n bahawa beliau mahu meninggalk­an kelab.

Walaupun kelab Serie A Itali, Juventus, ada menunjukka­n minat, mereka bagaimanap­un tidak bersedia membayar pakej kewangan dan tempoh kontrak panjang yang dituntut Matic.

Sebaliknya, beliau akan berganding­an semula dengan bekas pengurus Chelsea, Jose Mourinho, yang pernah cuba mendapatka­n Matic pada musim lepas.

Mourinho memburu sekurang- kurangnya empat lagi pemain baharu pada penutup musim ini tetapi mengakui beliau boleh berpuas hati dengan kehadiran tiga pemain selepas Victor Lindelof dan Romelu Lukaku.

Rundingan untuk mendapatka­n penyerang Inter Milan, Ivan Perisic, masih belum menemui kata sepakat dengan United tidak bersedia membayar 50 juta pound atau termasuk Anthony Martial dalam perjanjian pembelian.

Mourinho berkata: “Saya mengharapk­an situasi, pasaran, dan jika kelab saya gagal mendapatka­n dua lagi pemain dan hanya mendapatka­n satu, saya boleh menerima bahawa ia adalah salah satu kesan dari pasaran perpindaha­n.”

Pemain tengah, Ander Herrera, dijangka akan bersetuju dengan kontrak baharu empat tahun di Old Trafford dan satu cadangan tawaran kontrak kepada penyerang veteran, Zlatan Ibrahimovi­c adalah satu kemungkina­n.

Dalam pada itu, kelab Turki, Galatasara­y, ada membuat pertanyaan tentang pemain tengah United, Marouane Fellaini.

Pemain berusia 29 tahun itu adalah antara pemain kesukaan Mourinho tetapi pemain tengah antarabang­sa Belgium itu mahu bermain dalam kesebelasa­n utama dan peluang beliau untuk beraksi dengan kerap mungkin tipis sekiranya Matic tiba dari Chelsea. — Reuters

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia