Utusan Borneo (Sarawak)

Gol sendiri tercantik sepanjang zaman

Inter benam Chelsea 2-1 pada perlawanan persahabat­an di Singapura Sabtu lepas

-

SINGAPURA: Pemain Inter Milan, Geoffrey Kondogbia, mencipta gelaran yang tidak pernah diingini dalam dunia sukan apabila menjaringk­an satu ‘gol sendiri cantik’ tetapi pasukannya itu bertahan untuk menewaskan Chelsea 2-1 pada perlawanan persahabat­an di sini Sabtu lepas.

Inter mendahului 2- 0 menerusi gol Ivan Perisic dan Stevan Jovetic sebelum Kondogbia, yang sebenarnya hendak melakukan tolakan ke belakang kepada penjaga golnya, bagaimanap­un melakukan tendangan lambung yang agak kuat dari jarak 40 ela, melepasi penjaga gol Dan- iele Padelli

d a n

Ia boleh berlaku sepak.” dalam bola Antonio Conte Pengurus Chelsea

mengej u t k a n kira- kira 3 2 , 0 0 0 penonton.

Pengurus Chels e a , Ant o - nio C o n t e , bersimpati dengan Kondogbia dan berkata: “Ia boleh berlaku dalam bola sepak.” Gol sendiri itu kemudian menular dalam Twitter dengan ramai orang berkata ia adalah salah satu gol sendiri tercantik sepanjang zaman. Ia mencemari apa yang merupakan aksi memberangs­angkan dari Inter dan terutama sekali p e m a i n b u r u a n Manchester United, Perisic. Perisic bermain sebagai penyerang tengah dan menjaringk­an gol kedua Inter pada minit ke-53 selepas menerima umpanan Jovetic. P e m a i n paling mahal C h e l s e a , A l v a r o Morata, bagaimanap­un g a g a l menyerlah pada penampilan kesebelasa­n utama yang pertama beliau sejak perpindaha­n dari Real Madrid dan gagal membuat sebarang impak sebelum ditukarkan pada minit ke-64.

Conte berkata, Morata bermain dengan baik tetapi mengakui beliau masih perlu bermain dengan lebih bagus lagi.

“Hari ini beliau cuba melakukan yang terbaik tetapi apa yang pasti, beliau boleh meningkat lebih bagus lagi,” kata Conte.

Inter menguasai awal permainan. Dalam beberapa minit pertama, Inter mem- punyai peluang dengan Milan Skriniar mengumpan bola kepada Antonio Candreva tetapi rembatanny­a ditepis penjaga gol Chelsea, Thibaut Courtois.

Chelsea mula mengimbang­i permainan dan mempunyai satu peluang pada minit ke-27 dari tendangan percuma David Luiz tetapi bola melambung agak tinggi.

Inter membuka jaringan tiga minit sebelum rehat apabila Jovetic dikasari dalam kotak penalti dan beliau sendiri menyempurn­akan tendangan penalti selepas tendangan pertama ditepis Courtois tetapi sempat menolak bola muntah ke pintu gol.

Selepas Perisic menjaringk­an gol kedua, Inter hampir menjaringk­an gol ketiga tetapi rembatan pemain gantian, Joao Mario tepat ke dakapan Courtois.

Gol sendiri Kondogbia memastikan penamat yang mencemaska­n buat Inter tetapi Chelsea tidak mampu mencari gol penyamaan untuk kekalahan kedua mereka dalam jelajah pramusim selepas tewas 2- 3 kepada Bayern Munich, juga di Singapura. — AFP

 ?? — Gambar AFP ?? CONTE KAWAL KETAT: Kondobin (kanan) bersaing dengan pemain Chelsea, Willian ketika beraksi pada perlawanan persahabat­an di Singapura Sabtu lepas
— Gambar AFP CONTE KAWAL KETAT: Kondobin (kanan) bersaing dengan pemain Chelsea, Willian ketika beraksi pada perlawanan persahabat­an di Singapura Sabtu lepas
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia