Utusan Borneo (Sarawak)

Belanda ke separuh akhir, aksi Jerman dan Denmark ditangguh

-

DOETINCHEM, Belanda: Lieke Martens dan Vivianne Miedema memastikan pasukan tuan rumah Belanda, melangkah ke suku akhir Euro Wanita apabila menewaskan Sweden 2-0 sebelum perlawanan suku akhir kedua di antara Jerman dan Denmark terpaksa ditangguhk­an kerana hujan lebat Sabtu lepas.

Belanda akan menentang sama ada England atau Perancis di separuh akhir pada 3 Ogos ini.

Martens, yang bermain untuk kelab Barceona selepas menghabisk­an musim lepas bersama kelab Rosengard dari Sweden, membuka jaringan pada minit ke-33 dari satu tendangan percuma di luar kotak penalti.

Miedema menjaringk­an gol kedua pada minit ke-64 selepas menerima umpanan dari Shanice van de Sanden.

“Ia satu perlawanan yang hebat dan juga pencapaian menarik pasukan,” kata jurulatih Belanda, Sarina Wiegman.

Pemain tengah Belanda, Jackie Groenen, bagaimanap­un berkata ia adalah perlawanan yang sukar.

“Kami terpaksa banyak berlari tetapi bermain dengan bersungguh-sungguh, bermain sebagai sebuah pasukan dan kami berasa sangat gembira untuk melangkah ke separuh akhir,” kata beliau.

Belanda mengasak dari sepak mula, memaksa Sweden hanya melakukan beberapa serangan pantas ketika mereka cuba mengekalka­n rekod sempurna mereka pada kejohanan ini.

Kapten pasukan, Sherida Spitse melakukan satu tendangan percuma yang agak tinggi pada minit ke-14 dan tidak lama selepas itu, penjaga gol Sweden, Hedvig Lindahl gagal menangkap kemas satu tendangan sudut tetapi Miedema gagal merembat bola muntah.

Sweden juga mempunyai satu peluang tetapi tandukan Nilla Fischer dari satu tendangan sudut melambung tinggi pada minit ke-25.

Sweden mencipta dua lagi peluang selepas rehat tetapi cubaan Fridolina Rolfo dan Stina Blacksteni­us tidak menepati sasaran.

Namun Belanda terus mengawal permainan dan tidak kelihatan dalam bahaya untuk gagal layak ke separuh akhir.

“Kami mencipta beberapa peluang tetapi gagal menyem- purnakanny­a,” kata jurulatih Sweden, Pia Sundhage.

Perlawanan suku akhir kedua Sabtu lepas di antara Jerman dan Denmark terpaksa ditunda kerana hujan lebat, dengan rakaman TV menunjukka­n pekerja di Stadium Rotterdam masih mengeluark­an air dari padang selepas perlawanan yang dijadualka­n bermula pukul 6.45 pm waktu tempatan.

Badan induk bola sepak Eropah, UEFA, berkata perlawanan akan dilangsung­kan keesokan harinya.

Pemain memasuki padang untuk sesi memanas badan satu jam selepas jadual asal sepak mula ketika hujan berhenti dengan padang jelas terlalu becak dan sukar untuk pemain melakukan hantaran bola dengan kemas. — AFP

 ?? — Gambar AFP ?? TERJAH JARING: Martens (kiri) melepaskan rembatan sebelum menjaringk­an gol buat Belanda ketika beraksi menentang Belgium di Stadium Koning Wilhelm II, Tilburg pada Sabtu lepas.
— Gambar AFP TERJAH JARING: Martens (kiri) melepaskan rembatan sebelum menjaringk­an gol buat Belanda ketika beraksi menentang Belgium di Stadium Koning Wilhelm II, Tilburg pada Sabtu lepas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia