Utusan Borneo (Sarawak)

Sanchez tidak akan dijual, tegas Wenger

-

LONDON, England: Pengurus Arsenal, Arsene Wenger, mengulangi keazamanny­a untuk mengekalka­n penyerang Alexis Sanchez dan menyelar dakwaan di mana ‘ penyakit demam’ adalah sebahagian dari rancangan pemain untuk memaksa perpindaha­n.

Sanchez mempunyai baki satu tahun lagi bersama Arsenal selepas enggan menandatan­gani kontrak baharu dan ia dipercayai penyerang antarabang­sa Chile itu mahu berpindah ke kelab yang beraksi dalam Liga JuaraJuara – sesuatu yang tidak akan dapat diberikan oleh Arsenal musim hadapan selepas hanya menamatkan Liga Perdana Inggeris di tangga kelima.

Manchester City, Paris Saint-Germain, Bayern Munich dan Juventus dikatakan ada menyuaraka­n minat untuk mendapatka­n pemain berusia 28 tahun itu, yang masih belum kembali untuk latihan pramusim bersama Arsenal selepas diberikan rehat tambahan ekoran penglibata­n pasukannya, Chile, dalam Piala Konfederas­i di Rusia.

Sanchez dijadualka­n kembali ke Arsenal semalam (Ahad) tetapi kepulangan­nya ke England tertangguh untuk sekurang- kurangnya 24 jam lagi selepas mendakwa diserang selesema, dan mendedahka­n keadaan tidak sihat beliau menerusi media sosial.

Beberapa penyokong Arsenal berasa sangsi dan bimbang kegagalan Sanchez melaporkan diri untuk latihan pramusim adalah sebahagian dari rancangann­ya untuk meninggalk­an kelab.

Wenger, yang bercakap selepas pasukannya menewaskan Benfica 5- 2 pada Piala Emirates Sabtu lepas, menegaskan Sanchez tidak akan dijual.

“Tiada perkembang­an baharu, ia sentiasa sama. Beliau sudah tentu akan terus kekal,” kata Wenger.

Ditanya bagaimana beliau melihat kehadiran lewat Sanchez ke kelab, Wenger enggan mengkritik pemain itu.

“Beliau mengalami selesema. Beliau menghantar pesanan teks kepada saya untuk berkata beliau akan cuba kembali secepat mungkin. Kami sentiasa berhubung dengan beliau dan doktornya,” kata beliau.

Wenger juga menegaskan ketidakten­tuan mengenai masa depan Sanchez tidak akan menjadi satu gangguan seperti spekulasi kontrak beliau yang ditandatan­gani selepas berakhirny­a musim.

“Ia tidak sabar. Ia berbeza dengan seorang pengurus. Saya fikir pemain yang mempunyai baki kontrak satu tahun lagi, perlu menghormat­i kontrak mereka,” kata beliau.

Wenger juga enggan berkata jika beliau akan membuat satu lagi bidaan untuk pemain sayap Monaco, Thomas Lemar, selepas tawaran awal ditolak, yang didakwa di luar tuntutan 50 juta pound. — AFP

 ??  ?? WENGER
WENGER

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia