Utusan Borneo (Sarawak)

Sukan SEA: Shaaban yakin golf kembali menyinar

-

KUALA LUMPUR: Pemenang pingat emas golf pada Sukan SEA Kuala Lumpur 2001, Shaaban Hussin, yakin barisan pemain golf amatur negara mampu menghadirk­an kilauan pingat emas buat negara pada Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 di ibu negara bulan depan.

Beliau berkata semua penat lelah dan latihan intensif para atlet golf negara diharap dapat membawa kejayaan selain mengulangi pencapaian cemerlangn­ya di halaman sendiri pada 2001.

“Saya pasti beraksi di tempat sendiri akan memberi kelebihan buat atlet negara kerana mereka mempunyai masa untuk mengenali serta menyesuaik­an diri dengan lapangan Kelab Golf & Resort Mines yang akan menjadi venue pertanding­an nanti.

“Harapan sangat cerah untuk mereka memburu pingat emas. Ia merupakan peluang yang terbaik buat skuad negara merampas kembali pingat emas yang sudah lama tidak singgah ke Malaysia,” katanya kepada Bernama ketika ditemui di Kelab Golf Seri Selangor (KGSS) semalam.

Untuk rekod, skuad golf negara tidak pernah gagal menyumbang pingat emas Sukan SEA setiap kali menjadi tuan rumah iaitu pada 1989 dan 2001.

Kali ini, tugas itu akan dipikul oleh tujuh pemain amatur yang akan diketuai jaguh berpangkal­an di Amerika Syarikat, Chan Tuck Soon.

Sebanyak empat pingat emas ditawarkan iaitu dalam acara individu dan berpasukan, lelaki serta wanita.

Shaaban berkata Malaysia bakal menerima saingan hebat daripada gergasi Asia Tenggara iaitu Thailand selain tidak menidakkan keupayaan Singapura dan Filipina.

Sementara itu, Kelab Sukan SportUnite dan KGSS bakal mengadakan Kejohanan Junior Double Golf bagi merebut Piala Shaaban Hussin yang dijadual berlangsun­g pada 9 Sept depan.

Kejohanan itu, yang dikhususka­n buat remaja berusia 13 hingga 17 tahun, mempromosi­kan semangat kesukanan yang tinggi serta memupuk semangat patriotik kalangan belia pelbagai kaum.

“Saya mahu remaja yang menyertai kejohanan ini menghormat­i satu sama lain tanpa mengira agama, bangsa serta warna kulit dalam usaha mencapai kejayaan,” katanya. — Bernama

 ??  ?? PEMENANG: Pemenang Cabaran Menaiki Tangga Lereng Bukit julung kali diadakan bersama (berdiri dari kiri) Salin, Goh, Adam dan Samad (dua kanan) di Miri semalam.
PEMENANG: Pemenang Cabaran Menaiki Tangga Lereng Bukit julung kali diadakan bersama (berdiri dari kiri) Salin, Goh, Adam dan Samad (dua kanan) di Miri semalam.
 ?? — Gambar Bernama ?? Barisan atlet pasukan Sukan Ski Air dan Wakeboardi­ng (dari kiri) Adam Yoong Hanifah, Aaliyah Yoong Hanifah, Nadiah Hanani Nasir, Muhamad Haziq Zohari, Muhammad Syahir Asyraf Nasir, Rody Sofian Buang, Cheah Hsu Ann dan Aiden Yoong Hanifah bergambar...
— Gambar Bernama Barisan atlet pasukan Sukan Ski Air dan Wakeboardi­ng (dari kiri) Adam Yoong Hanifah, Aaliyah Yoong Hanifah, Nadiah Hanani Nasir, Muhamad Haziq Zohari, Muhammad Syahir Asyraf Nasir, Rody Sofian Buang, Cheah Hsu Ann dan Aiden Yoong Hanifah bergambar...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia