Utusan Borneo (Sarawak)

Alves bantu PSG julang Trofi Juara

-

TANGIERS, Maghribi: Pemain baharu, Dani Alves, membantu Paris Saint Germain ( PSG) memenangi kejuaraan pertama mereka musim ini apabila menewaskan Monaco 2-1 pada final Trofi Juara Sabtu lepas.

Ia adalah kejuaraan kelima berturut-turut buat PSG pada kejohanan pembuka tirai musim baharu Ligue 1 Perancis, untuk meletakkan mereka berkongsi rekod dengan Lyon, yang memenangi kejohanan ini sebanyak tujuh kali.

Perlawanan ini dianggap satu misi balas den- dam untuk kedua-dua pasukan dengan PSG kehilangan kejuaraan Ligue 1 kepada Monaco dan Monaco tewas 1-4 kepada PSG di final Piala Liga musim lepas.

Dengan spekulasi perpindaha­n bintang bola sepak Barcelona, Neymar ke PSG dan juga penyerang remaja Monaco, Kylian Mbappe ke Real Madrid, perlawanan berlangsun­g di hadapan 45,000 penonton di Tangiers.

Setiap pergerakan Mbappe, 18, menarik perhatian penonton, malah juruhebah stadium juga berkata gol pembukaan Dijbril Sidibe adalah dari umpanan Mbappe.

Tetapi Alves mencuri tumpuan apabila menjaringk­an gol penyamaan dari satu tendangan percuma pada minit ke-51 dan kemudian mengumpan bola kepada Adrian Rabiot untuk menjaringk­an gol kemenangan PSG pada minit ke-63.

Alves diperkenal­kan sebagai pembelian kedua kelab pada penutup musim selepas tiga di PSG untuk kontrak dua tahun dan tanpa yuran perpindaha­n selepas tamat kontrak di Juventus.

Mbappe mungkin masih pemain Monaco tetapi dengan perpindaha­n rakan sepasukann­ya seperti Bernardo Silva, Tiémoué Bakayoko, Benjamin Mendy dan Valère Germain, skuad Monaco kelihatan semakin lemah.

“Secara teorinya, pasukan kami lebih lemah tetapi saya percaya pemain muda yang datang ke kelab akan membantu kami,” kata jurulatih Monaco, Leonardo Jardim. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia