Utusan Borneo (Sarawak)

Piala Harden: SUPP Simanggang FC benam Projek 16

- Oleh Mohd Shafik Ahmad

KUCHING: Sarawak terus kempunan melakarkan kemenangan apabila tewas 2-0 kepada Johor Darul Ta’zim (JDT) pada aksi Kumpulan D kempen Piala Malaysia 2017 di Stadium Negeri, di sini malam kelmarin.

Meskipun kecewa dengan keputusan itu, pengendali Sarawak, Pengiran Bala tetap berpuas hati dengan corak persembaha­n pasukannya.

Menyedari jurang perbezaan antara kedua- dua pasukan itu, beliau memuji semangat perjuangan tinggi yang dipamerkan oleh semua pemainnya memberikan saingan kepada JDT.

“Kita memang akui perlawanan ini sememangny­a berbeza tahap, jika dibandingk­an ibarat langit dengan bumi.

“Tetapi, kita tetap berjuang sehingga ke wisel penamat memberi saingan kepada JDT walalupun terpaksa akur dengan kekalahan,” katanya ketika ditemui selepas perlawanan di sini malam kelmarin.

Pengiran Bala sekali lagi menaruh kepercayaa­n terhadap skuad bimbingann­ya apabila menurunkan pemain-pemain muda termasuk penampilan sulung, Jimmy Raymond, Mohamad Hafis Saperi dan Nor Azizi Ramlee.

Beliau berkata, pemainpema­in baharu itu telah membuktika­n keberanian mereka terutamany­a beraksi menentang pasukan terkuat dalam liga bola sepak negara.

Mengulas perlawanan itu, Pengiran Bala turut men- yatakan kekesalan apabila pasukannya gagal menterjema­hkan beberapa peluang untuk menjaringk­an gol.

“Kita memiliki banyak peluang namun tidak ada nasib untuk menjaringk­an gol malah kita berjaya mengimbang­i perlawanan dengan serangan balas.

“Tetapi, semua musnah apabila gol kedua pelawat dijaringka­n Safiq Rahim menerusi sepakan percuma. Itulah bola sepak, kita akur menerimany­a,” jelas Pengiran Bala.

Lanjutan kekalahan itu, Sarawak terpaksa melupakan hasrat untuk layak ke suku akhir Piala Malaysia seba- liknya fokus kepada baki perlawanan Liga Super 2017.

Pengiran Bala berkata, sedikit rombakan akan dibuat terhadap pasukannya melibatkan beberapa tonggak utama yang perlu direhatkan sebagai persiapan untuk berdepan Pulau Pinang dalam aksi Liga Super nanti.

“Kita akan merehatkan pemain-pemain utama sebagai persiapan mengharung­i perlawanan menentang Pulau Pinang aksi Liga Super seterusnya,” kata beliau.

Sarawak akan meneruskan baki saingan Piala Malaysia bagi Kumpulan D menentang Selangor di gelanggang lawan, Stadium Selayang pada Rabu ini. SRI AMAN: Saingan Liga Sri Aman-LSC merebut Piala Datuk Francis Harden Hollis bagi perlawanan kedua Kumpulan B antara SUPP Simanggang FC menentang Projek 16 menyaksika­n kemenangan berpihak kepada SUPP Simanggang FC dengan 4-2.

Gol pertama seawal minit keempat dijaringka­n oleh Gray Naville. Perlawanan tersebut menyaksika­n hatrik oleh Saliman Catherine apabila menyumbat tiga gol.

Terdahulu pasukan Projek 16 berjaya menyamakan kedudukan 1- 1 sebelum SUPP Simanggang FC dihadiahka­n sepakan penalti dan disempurna­kan dengan baik oleh Saliman.

Tamat perlawanan masa pertama SUPP Simanggang FC mendahului 2-1.

Babak kedua permainan persaingan bertambah sengit dengan asakan demi asakan.

Permainan pantas SUPP Simanggang FC membuahkan hasil apabila berjaya menyumbat dua gol menerusi Saliman melengkapk­an jaringan hatriknya.

Pasukan Projek 16 merapatkan jurang dengan tambahan jaringan minit-minit terakhir dan tamat perlawanan SUPP Simanggang FC berjaya mengutip tiga mata.

Pengurus Pasukan SUPP Simanggang FC, Jilin Itar melahirkan rasa kepuasan dengan prestasi pemainpema­innya namun masih banyak perlu diperbaiki dan diberi tumpuan terutamany­a posisi pertahanan.

“Perlawanan kedua nanti diharap memperliha­t kemantapan pasukan dengan corak ‘speed game’,” katanya.

Perlawanan kedua pasukan SUPP Simanggang FC akan bertemu PARRAMATTA Boyak Liar FC pada 6 Ogos ini.

Kita memang akui perlawanan ini sememangny­a berbeza tahap, jika dibandingk­an ibarat langit dengan bumi. Pengiran Bala Pemangku Jurulatih Sarawak

 ??  ??
 ??  ?? RASMI: Majang (tiga kanan) melontar bola petanque simbolik perasmian Kejohanan Petanque Terbuka Bintulu 2017 kelmarin.
RASMI: Majang (tiga kanan) melontar bola petanque simbolik perasmian Kejohanan Petanque Terbuka Bintulu 2017 kelmarin.
 ??  ?? SENGIT: Aksi Sarawak ketika melayan kunjungan JDT pada saingan Piala Malaysia di Stadium Negeri Kuching, malam kelmarin.
SENGIT: Aksi Sarawak ketika melayan kunjungan JDT pada saingan Piala Malaysia di Stadium Negeri Kuching, malam kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia