Utusan Borneo (Sarawak)

Futsal Bawah 20 Tahun: 24 pasukan lelaki/ wanita berentap memburu gelaran juara

-

KUCHING: Sesi undian Kejohanan Futsal ( Lelaki & Wanita) Bawah 20 Tahun Piala Menteri Pelanconga­n, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan, Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah menyaksika­n dua juara musim lalu, Kuching (juara kategori lelaki) dan Serian (juara kategori wanita) diundi kumpulan berbeza.

Pasukan lelaki Kuching diundi berada dalam Kumpulan C bersama Sarikei, Sri Aman dan Miri.

Manakala, pasukan wanita Serian pula berada dalam Kumpulan C bersama tiga seteru utamanya iaitu Bintulu, Mukah dan Sarikei.

Kumpulan A kategori lelaki menyaksika­n tuan rumah, Betong diundi bersama Limbang, Serian dan Samarahan. Sementara Bintulu, Mukah, Kapit dan Sibu berada dalam Kumpulan B kategori sama (lelaki).

Sementara itu, Kumpulan A kategori wanita turut menyaksika­n skuad tuan rumah Betong, Samarahan, Miri dan Sri Aman berbanding pilihan popular, Limbang diundi dalam Kumpulan B bersama Kapit, Kuching dan Sibu.

Sementara itu, semalam turut berlangsun­g taklimat dengan pengurus-pengurus pasukan dipengerus­ikan oleh Penolong Setiausaha (Seksyen Sukan), John Nasuil.

Kejohanan berlangsun­g di Dewan Sukan Tan Sri Datuk Amar Stephen Kalong Ak Ningkan, Betong bermula dari 25 hingga 27 Ogos depan menyaksika­n 24 pasukan (12 lelaki/12 wanita) berentap memburu kejuaraan dari 12 bahagian.

Juara kedua-dua kategori (lelaki & wanita) menerima wang tunai RM5,000, piala pusingan, piala iringan berserta pingat.

Naib juara membawa pulang wang tunai RM4,000, piala dan pingat, tempat ketiga meraih wang tunai RM3,000, piala dan pingat manakala tempat keempat menerima RM2,000 termasuk piala dan pingat.

Dalam pada itu, hadiah berupa piala turut disediakan untuk pemain terbaik, penjaring terbanyak, penjaga gol terbaik serta pasukan terbaik.

 ??  ??
 ??  ?? UNDIAN: John (duduk tengah) bersama wakil-wakil pasukan bertanding pada sesi undian semalam.
UNDIAN: John (duduk tengah) bersama wakil-wakil pasukan bertanding pada sesi undian semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia