Utusan Borneo (Sarawak)

Perkhemaha­n Pengakap Udara pertama di Sarawak

-

AKADEMI Pengakap Sarawak (APS) mencipta sejarah dalam pasukan Pengakap Sarawak, apabila 35 Pengakap Muda berjaya memperoleh Sayap Emas Lencana Ahli Udara kelas I dan Sayap Perak Lencana Ahli Udara kelas II yang julung kali diadakan.

Penyelaras Program APS, Lawrence Yong berkata, perkhemaha­n selama tiga hari, bermula 7 hingga 9 Julai lalu, disertai a ahli-ahli pengakap dari seko sekolah-sekolah menenga menengah - TunAbang Haji Open Openg, Tunku Abdul Rahman, Tun Ahmad Zaid, Green Ro Road dan DPHA Gapor dengande kerjasama Sarawak Aero Club.

Menuru Menurutnya, program itu bertujuan memberi peluang kepada peserta mengikuti Skim Latihan Pengakap Udara bagi penganuger­ahan Lencana Ahli Udara Kelas I dan Kelas II berserta sijil.

“Peserta diberi penerangan dan latihamal oleh jurulatih-jurulatih mengenai ilmu asas penerbanga­n termasuk teknikal pesawat, undangunda­ng udara, asas meteorolog­i, radio telefoni dan susun atur lapangan terbang sebelum mereka layak menerima lencana terbabit selain menduduki ujian bertulis,” tambahnya.

Sementara itu, Pesuruhjay­a Pengakap Negeri Sarawak, Sudaryo Osman berkata, Pengakap Udara mungkin asing di kalangan masyarakat di Sarawak tetapi pelajar yang menyertai pasukan beruniform ini diberi ilmuilmu berkaitan Airmanship yang boleh dimanfaatk­an ketika pihak berkaitan mahu menghantar bantuan kepada mangsa banjir atau di kawasan pedalaman selain memastikan pendaratan pesawat selamat.

“Walaupun pengakap muda berada pada usia di antara 13 dan 15 tahun, mereka diberi pendedahan teknik jurupandu pesawat yang boleh digunakan dalam membantu mendaratka­n pesawat menerusi beberapa isyarat yang diajarkan kepada mereka.

“Pelajar-pelajar berjaya menamatkan kursus dan ujian dengan cemerlang sehingga melayakkan mereka memperoleh Sayap Emas Lencana Ahli Udara Kelas I dan Sayap Perak Lencana Ahli Udara Kelas II akan dipakai di sebelah kanan atas pakaian seragam pengakap,” katanya.

Sudaryo berharap APS akan mempergiat­kan penganjura­n kursus atau latihan serupa agar anggota pengakappe­ngakap di Sarawak dapat mendalami ilmu kepengakap­an dan sentiasa bersedia untuk bertindak dalam masa darurat.

 ??  ??
 ??  ?? SELESAI: Pengakap Udara yang menyertai perkhemaha­n di Akademi Pengakap Sarawak.
SELESAI: Pengakap Udara yang menyertai perkhemaha­n di Akademi Pengakap Sarawak.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia