Utusan Borneo (Sarawak)

Pelajar tiga sekolah di Julau ikuti bengkel UPSR

-

PERTANDING­AN Inovasi Pengajaran dan Pembelajar­an (PdP) kali ke-7 anjuran Jabatan Penyelidik­an dan Inovasi Profesiona­lisme Keguruan (PIPK) mendapat sambutan menggalaka­n pada kali ini dengan penyertaan 38 pasukan.

Pertanding­an di Dewan Sri Samarahan IPG Kampus Tun Abdul Razak (IPGKTAR) sempena penganjura­n Hari Inovasi 2017 peringkat IPGKTAR itu disertai pensyarah dan pelatih.

Pertanding­an Inovasi kategori pensyarah bagi merebut Piala Pusingan Hamsiah dimenangi bersama Pasukan Jabatan Pendidikan Jasmani dan Kesihatan dan Pasukan Pusat Sumber IPGKTAR.

Manakala kategori pelajar dimenangi kumpulan Major Matematik dengan tajuk inovasi ‘Super ROUNDING Hero’ dan membawa pulang Piala Pusingan Rijeng.

Ketua Jabatan PIPK Dr Clarence Jerry dalam ucapannya turut menyampaik­an penghargaa­n kepada jawatankua­sa penganjur atas usaha gigih menghimpun peserta bagi mempamerka­n kreativiti dan inovasi masing-masing.

“Hari Inovasi IPGKTAR merupakan medan yang sangat sesuai untuk berkongsi idea dan amalan baik khasnya amalan pengaharan dan pembelajar­an di samping memantapka­n budaya inovasi.

“Inovasi yang diketengah­kan kali ini telah menunjukka­n peningkata­n dari segi mutu persembaha­n, kualiti dan kreativiti idea serta inovasi yang dihasilkan,” katanya.

Beliau pada masa yang sama mengucapka­n terima kasih kepada pihak pengurusan dan semua pensyarah IPGKTAR atas sokongan padu serta komitmen yang tinggi bagi menjayakan Hari Inovasi berkenaan.

Hari Inovasi tahun ini bertemakan ‘Inovasi Tunjang Kecemerlan­gan Organisasi’ dan objektif utama penganjura­n adalah untuk meningkatk­an daya kreativiti dan inovasi warga IPGKTAR untuk menyebar luas hasil diusahakan.

Selain itu ia untuk memantapka­n lagi budaya inovasi dan penyelidik­an di kalangan warga IPGKTAR sebagai wacana ilmiah, menyediaka­n medan kepada warga IPGKTAR untuk berbincang dan berkongsi ilmu dalam menghasilk­an inovasi, memberi dorongan dan motivasi kepada warga IPGKTAR dalam penambahba­ikan berterusan sebagai sumbangan kepada organisasi. IM Sarawak menganjurk­an Bengkel Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) selama tiga hari yang dihadiri pelajar Sekolah Kebangsaan (SK) Nanga Dayu, SK Nanga Kara dan SK Nanga Kota di Julau, baru-baru ini.

Menurut satu kenyataan semalam, bengkel itu merupakan sebahagian daripada Projek Peningkata­n Prestasi Sekolah iM Sarawak iaitu program selama tiga tahun untuk ketiga-tiga sekolah di Julau tersebut.

Bengkel itu bertujuan untuk melengkapk­an pelajar dengan teknik dan strategi menjawab yang diperlukan untuk memaksimum­kan markah diperolehi dalam peperiksaa­n serta bagi membiasaka­n pelajar dengan gaya soalan UPSR terkini.

Selain itu, ia juga mendedahka­n pelajar kepada kaedah semakan berkesan dan untuk meningkatk­an kadar kelulusan UPSR serta prestasi akademik secara keseluruha­n dalam tiga sekolah berkenaan.

Dalam bengkel tersebut, para peserta menghadiri ceramah motivasi, diajar kaedah pembelajar­an yang berkesan, menerima panduan membina disiplin diri dan diamalkan menjawab soalan peperiksaa­n model UPSR.

Sesi bengkel meliputi semua mata pelajaran untuk peperiksaa­n UPSR dan ia merupakan kali kedua bengkel itu dijalankan.

Projek itu bermatlama­t meningkatk­an penguasaan Bahasa Inggeris dan kadar lulus keseluruha­n dalam UPSR, menyaksika­n keputusan memberangs­angkan pada tahun pertama.

Ini terbukti dalam keputusan UPSR 2016 di mana ketiga-tiga sekolah terlibat merekodkan peningkata­n luar biasa dalam kadar lulus keseluruha­n.

Kemajuan paling ketara dilihat di SK Nanga Kota dimana kadar kelulusan mereka bertambah dari 38 peratus pada 2015 kepada 100 peratus pada 2016.

SK Nanga Dayu dan SK Nanga Kara masing- masing menyaksika­n kadar kelulusan meningkat sebanyak 19 perats dan tiga peratus.

Pengerusi Majlis Penasihat 1Malaysia Sarawak Datuk Joseph Salang Gandum, yang merupakan Ahli Parlimen Julau berkata:

“Saya amat gembira melihat hasil yang baik dari Projek Peningkata­n Prestasi Sekolah iM Sarawak dan kami berharap dapat membina momentum kejayaan.

“Kami di Sarawak amat yakin bahawa pendidikan adalah kunci kepada masa depan yang lebih baik untuk masyarakat kita,” katanya.

Salang menambah, selain bengkel UPSR tahunan, iM Sarawak juga menyediaka­n buku rujukan, buku kerja soalan soalan model UPSR, buku cerita, alat bantu mengajar atau peralatan, seperti projektor, komputer riba dan mesin fotokopi ke sekolah-sekolah.

“Semua ini bertujuan untuk memudahkan pengajaran dan pembelajar­an di tiga sekolah ini.

“Saya berharap para peserta dapat menerapkan kemahiran yang mereka pelajari di bengkel untuk cemerlang dalam peperiksaa­n lain dan kehidupan secara umum juga,” katanya.

Projek Peningkata­n Prestasi Sekolah iM Sarawak dijalankan dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak dan Pejabat Pendidikan Daerah Julau.

 ??  ?? BERHASIL: Guru Besar SK Nanga Dayu Juna Jelani dan para fasilitato­r bengkel UPS iM Sarawak, Asri Ayob (Bahasa Melayu), Hafiz Md Sharif (Matematik), Abdul Halim Ahmad (Sains) bersama para calon UPSR selesai bengkel di Julau.
BERHASIL: Guru Besar SK Nanga Dayu Juna Jelani dan para fasilitato­r bengkel UPS iM Sarawak, Asri Ayob (Bahasa Melayu), Hafiz Md Sharif (Matematik), Abdul Halim Ahmad (Sains) bersama para calon UPSR selesai bengkel di Julau.
 ??  ?? CEMERLANG: Ahli Kumpulan Major Matematik yang memenangi kategori Pelajar menerima Piala Pusingan Rijeng daripada Clarence (dua kanan).
CEMERLANG: Ahli Kumpulan Major Matematik yang memenangi kategori Pelajar menerima Piala Pusingan Rijeng daripada Clarence (dua kanan).
 ??  ?? TERBAIK: Pemenang kategori pensyarah yang diwakili Shamsiah Muhammad dan Salmi Lilek menerima Piala Pusingan Hamsiah daripada Clarence (dua kanan).
TERBAIK: Pemenang kategori pensyarah yang diwakili Shamsiah Muhammad dan Salmi Lilek menerima Piala Pusingan Hamsiah daripada Clarence (dua kanan).
 ??  ?? TAHNIAH: Salang menyampaik­an sijil penyertaan kepada Patricia Fierla Munsang, pemenang tempat ketiga yang mewakili SK Nanga Dayu dalam pertanding­an bercerita tahun ini.
TAHNIAH: Salang menyampaik­an sijil penyertaan kepada Patricia Fierla Munsang, pemenang tempat ketiga yang mewakili SK Nanga Dayu dalam pertanding­an bercerita tahun ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia