Utusan Borneo (Sarawak)

Bakat ‘inovator’ muda

-

DUA wakil ‘penginovas­i muda’ dari Sekolah Tunku Putra, Kuching baru-baru ini meraikan kejayaan bersejarah mereka sebagai juara dan naib juara dalam Cabaran Inovator Muda 2017, yang dianjurkan oleh Universiti Swinburne.

Pertanding­an kebangsaan itu dianjurkan secara tahunan dan kali ini membawa tema ‘Cabaran Inovator Muda’ menyasar untuk memberi inspirasi minat dalam Sains, Teknologi, Kejurutera­an dan Matematik (STEM) di kalangan pelajar sekolah menengah.

Ia turut bertujuan membangunk­an kemahiran pelajar dalam penyelesai­an masalah, pemikiran kritikal dan inovatif sambil mendedahka­n mereka kepada perisian dan perkakasan sumber terbuka.

Tahun ini, Sekolah Tunku Putra bertanding bersama 40 pasukan lain mengemukak­an idea dan mendemonst­rasikan projek mereka kepada panel hakim terdiri daripada pakar yang mewakili industri selari, bersaing untuk merebut peluang mara ke pertanding­an peringkat kebangsaan yang bakal diadakan akhir tahun ini.

Roxanne Lee Kah Yean dan Lim Sein (Year 11) dan Aalisha Riya Byles (Year 8), muncul sebagai Juara, dengan ciptaan mereka ‘Storebuddy’, projek yang membantu menentukan sama ada stok seperti nasi, kekacang dan bijiran semakin rendah dalam kontena penyimpana­n.

Apabila tahap minimum dicapai, sistem itu akan menghantar amaran menerusi e-mel.

Bercakap dengan penuh semengat tentang pencapaian mereka, Roxanne, Sein dan Aalisha menyifatka­n keputusan inovasi dan persaingan itu adalah susulan kerja berpasukan.

Mereka dalam satu kenyataan semalam memberitah­u: “Ini kerana kita adalah satu pasukan dan banyak belajar antara satu sama lain.”

Joseph Chung Ming Chung, Muhammad Nur Iman Zaidel dan Mohammad Nazreen Kassim Ismail (Tingkatan 3), mendapat naib juara dengan ‘Pheromone e-trapper’.

Ia adalah penyelesai­an biologi untuk mengawal dan mengurangk­an populasi serangga perosak tersembuny­i, sekelompok rama-rama spesies Tirathaba yang menghurung pokok kelapa sawit dan mengurangk­an hasil pengeluara­n dengan ketara.

Joseph, Iman dan Nazreen menjelaska­n, membantu petani, menerusi inovasi mereka, merupakan perkara penting apabila menyediaka­n kawalan perosak yang mesra alam sekitar.

Pada acara sama tahun lepas, Joseph menerima jemputan untuk pembentang­an poster Smart E-Cushion di National Pressure Ulcer Advisory Panel (NPUAP) Biennial Conference di New Orleans, Louisiana, USA pada Mac, mempamerka­n yang terbaik daripada Sekolah Tunku Putra di pentas antarabang­sa.

Pengetua Sekolah Tunku Putra, Susan Holmes memuji kejayaan pelajar sambil menambah: “Mereka telah meletakkan kreativiti, kebolehan berfikir, kepakaran menyelesai­kan masalah dan pendedahan kepada perkakasan dan perisian sumber terbuka untuk memberi kesan yang besar dengan pencapaian luar biasa mereka.”

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? MEMBANGGAK­AN: Pelajar Sekolah Tunku Putra harumkan nama sekolah itu pada Cabaran Inovator Muda 2017 anjuran Universiti Swinburne.
MEMBANGGAK­AN: Pelajar Sekolah Tunku Putra harumkan nama sekolah itu pada Cabaran Inovator Muda 2017 anjuran Universiti Swinburne.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia