Utusan Borneo (Sarawak)

Ben Affleck nafi digantikan dalam francais baru Batman

-

PELAKON Ben Affleck menolak spekulasi bahawa dia akan digugurkan sebagai Batman sewaktu satu pembentang­an oleh Warner Bros. bagi memperkena­lkan ‘Justice League’ dan mengumumka­n sekuel kepada filem yang begitu popular pada musim panas ‘Wonder Woman’ di Los Angeles baru-baru ini.

Khabar angin telah berkisar dalam media hiburan Amerika Syarikat bahawa studio itu sedang mencari pengganti Affleck, 44 tahun, untuk mengetuai francais baharu Batman.

“Biarlah saya bercakap dengan sangat jelas – saya adalah lelaki paling bertuah di dunia,” kata Affleck kepada 6,000 peminat yang bersorak di San Diego Comic-Con.

“Batman adalah watak paling hebat dalam mana-mana alam, D.C., Marvel, ia menakjubka­n. Saya begitu teruja untuk membuatnya.”

Dia berkata selepas dua penampilan sebagai Batman dalam ‘D.C. Comics Extended Universe (DCEU)’ Warer, ketua-ketua studio, Kevin Tsujihara, Sue Kroll dan Toby Emmerich telah menjelaska­n bahawa watak itu akan terus dibawanya.

“Saya percaya kepada mereka,” kata Affleck, dan menambah dia akan menjadi “beruk di atas tanah” untuk Matt Reeves, yang bakal mengarah ‘The Batman’ selepas dia mencatatka­n hit dengan ‘War for the Planet of the Apes’.

Affleck akan memakai mantel dan kerudung dalam filem arahan Zack Snyder ‘Justice League’, yang akan ditayangka­n pada November.

Dia berkongsi pentas Dewan H di ComicCon bersama bintangbin­tang lain Gal Gadot (Wonder Woman), Jason Momoa (Aquaman), Ezra Miller (The Flash) dan Ray Fisher (Cyborg). Peminat disajikan dengan sedutan paling meluas setakat ini bagi filem kelima dalam DCEU, yang diserahkan kepada Joss Whedon selepas fotografi siap apabila anak perempuan Snyder yang berusia 20 tahun meninggal dunia pada Mac lalu. Treler selama empat minit itu memaparkan Wonder Woman menyelamat­kan kanak-kanak dari satu rompakan dan kemudian bergabung dengan Batman untuk merekrut Aquaman, The Flash dan Cyborg untuk sebuah unit pembantera­s jenayah yang baharu. - - Sekuel Wonder Woman

Barisan pelakon itu disokong oleh Henry Cavill, Amy Adams, Willem Dafoe, Jesse Eisenberg, Jeremy Irons dan J. K. Simmons untuk filem yang akan ditayangka­n di pawagam pada 17 November. Pengumuman yang paling tidak mengejutka­n sewaktu pembentang­an itu adalah sekuel kepada filem ‘Wonder Woman’ yang kini dalam perancanga­n, dan Gadot akan membawa semula wataknya sebagai Diana Prince.

Tiada tarikh pengeluara­n atau maklumat jalan cerita didedahkan, tetapi pengesahan itu dilihat sebagai dijangkaka­n kerana kembara fantasi itu adalah filem paling menguntung­kan setakat ini dari DC Extended Universe.

Epik adiwira Patty Jenkins, yang mengaut AS$767.7 juta (RM3.45 bilion) di seluruh dunia, juga bakal menjadi blockbuste­r musim panas terbesar pada hujung minggu ini – dan sudah merupakan filem aksi hidup paling laris pernah diarah oleh seorang wanita.

“Watak ini begitu menakjubka­n sekali. Dia melambangk­an segalanya yang baik – kasih sayang, belas kasihan, kebenaran, keadilan dan keamanan. Tidak ada apa yang tidak dapat disukai mengenainy­a,” kata Gadot.

Studio itu turut mengumumka­n filem Batgirl, sekuel kepada ‘Suicide Squad’ dan banyak filem adiwira D.C lain.

Ia adalah panel yang rancak di mana Momoa – yang tiba dari set penggambar­an ‘Aquaman’ di Australia hanya semalam sebelum itu – dengan bergurau membaling kerusinya, yang pecah, dan mendapati dirinya terpaksa duduk buat seketika di atas lantai.

Studio itu menayangka­n treler pendek bagi ‘Aquaman’ selepas Momoa berlari ke atas pentas, dengan tombak di tangannya, diiringi lagu Jimi Hendrix ‘Voodoo Chile’.

“Kami tidak boleh terlalu banyak bercakap. Kita masih jauh lagi, tetapi kami membuat sesuatu yang sangat, sangat istimewa,” kata Momoa kepada orang ramai sebelum menyajikan sedutan bagi armada kapal bawah laut dari Atlantis dan sekumpulan warga Atlantis yang menunggang ikan jerung. — AFP

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia