Utusan Borneo (Sarawak)

Belia kini pentingkan minat untuk tentukan masa depan

Mereka bukan sebahagian daripada statistik pekerjaan

-

KUALA LUMPUR: Golongan belia kini lebih mementingk­an minat daripada kestabilan dalam menentukan masa depan mereka, kata Pemangku Yang Dipertua Dewan Perniagaan Melayu Malaysia Kuala Lumpur Don Nazwim Don Najib.

Beliau berkata, mereka mempunyai minda yang berbeza dalam meneruskan kerjaya mereka.

“Sebagai contoh, seorang siswazah Harvard yang balik negara ini bekerja dengan syarikat multinasio­nal, tetapi tidak lama kemudian, berhenti kerja untuk terlibat dalam perniagaan mengubah suai perabot.

“Apa yang dilakukann­ya adalah kerana minatnya, dan tidak menganggap dirinya sebagai ahli perniagaan. Oleh itu, tidak menjadi sebahagian daripada statistik pekerjaan. Ini tidak bermakna dia tidak bekerja,” katanya dalam temu bual dengan Bernama.

Don Nazwim, yang juga ahli jawatankua­sa Dewan Perniagaan dan Perindustr­ian Kebangsaan Malaysia, berkata demikian sebagai mengulas statistik Bank Negara Malaysia yang menunjukka­n kadar penganggur­an negara meningkat.

Menurut laporan berkenaan, kadar penganggur­an belia dianggar mencecah 10.7 peratus pada 2015, melebihi tiga kali ganda berbanding purata kadar penganggur­an negara sebanyak 3.1 peratus, berikutan kelembapan dalam pengambila­n pekerja sejak akhir tahun 2014.

Don Nazwim berkata angka berkenaan mungkin tidak mengambil kira mereka yang bekerja sendiri dan mendakwa angka berkenaan dikira berdasarka­n pekerja yang mempunyai pekerjaan pejabat.

Beliau berkata, perspektif generasi muda hari ini dan cara mereka melihat dunia telah berubah secara beransur- ansur memand- angkan mereka lebih suka mengejar minat daripada kestabilan.

“Ini adalah fenomena global dan dengan kehadiran teknologi canggih, keadaan menjadi lebih mudah dan lebih efisien.

“Ini adalah peralihan dalam pemikiran sosial belia di mana ia bukan lagi mengenai mendapat ijazah, mendapat pekerjaan pejabat, memiliki rumah, berkahwin dan seterusnya,” katanya.

Don Nazwim berkata pemasaran tradisi semakin pudar, manakala pemasaran digital semakin berkembang, didorong sepenuhnya oleh generasi muda.

“Golongan belia kini lebih mementingk­an untuk mendapatka­n lebih banyak wang daripada kestabilan pekerjaan, yang merupakan satu realiti. Mereka cenderung untuk berhenti kerja kerana mereka lebih mementingk­an minat mereka,” katanya.

Ironinya, dalam mengejar minat, kebanyakan belia Malaysia telah mengabaika­n keperluan untuk menguasai bahasa Inggeris, lingua franca antarabang­sa dalam perniagaan, katanya, sambil menambah: “Belia kita berkemahir­an tinggi... tetapi sayangnya, ada siswazah yang tidak boleh berbahasa Inggeris. “

Beliau berkata mereka juga perlu memahami bahawa pilihan kerjaya mereka akan memberi impak kepada Pendapatan Negara Kasar.

“Mereka juga perlu memahami apa yang sedang dilakukan oleh negara, bagaimana aliran masuk modal membantu negara berkembang dan bagaimana ia berkaitan dengan kehidupan seharian mereka.

“Dalam hal ini, saya berpendapa­t pihak berkuasa berkaitan perlu mencari kaedah yang berkesan untuk berkomunik­asi dengan golongan belia,” katanya. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? PELANTIKAN: Yusoff (kanan) menyerahka­n dokumen pelantikan duta Kad Melaka Privilage Card kepada Mawi (tengah) pada majlis pelantikan­nya kelmarin. Turut hadir Pengarah MPSB Aida Nurul Ashikin Baharuddin.
— Gambar Bernama PELANTIKAN: Yusoff (kanan) menyerahka­n dokumen pelantikan duta Kad Melaka Privilage Card kepada Mawi (tengah) pada majlis pelantikan­nya kelmarin. Turut hadir Pengarah MPSB Aida Nurul Ashikin Baharuddin.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia