Utusan Borneo (Sarawak)

Rambutan Malaysia punyai potensi besar di pasaran antarabang­sa

-

LANGKAWI: Buah rambutan negara mempunyai ruang yang luas untuk dipasarkan di peringkat antarabang­sa berikutan permintaan tinggi dari beberapa buah negara, kata Pengarah kanan (Pasaran Antarabang­sa) Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutua­n ( FAMA), Datuk Nazipah Jamaludin.

Justeru itu, katanya, usaha untuk meningkatk­an pengeluara­n rambutan yang berkualiti perlu terus dijalankan bagi memenuhi permintaan negara pengekspor­t seperti Singapura, negara-negara Eropah, Timur Tengah dan China.

“Kita telah mengekspor­t sebanyak 1,900 tan metrik (tahun lepas) dengan nilai RM3 juta ke negara-negara berkenaan,” katanya kepada media selepas Majlis Pelancaran Kios Rambutan FAMA di Oriental Village Langkawi Skycab di sini, kelmarin.

Nazipah berkata, selain Malaysia, Thailand dan Vietnam juga merupakan pengeluar rambutan bagi pasaran dunia, namun berdasarka­n maklum balas dari negara- negara pengimport, rambutan Malaysia lebih berkualiti tinggi.

M e n u r u t n y a , K e d a h merupakan salah sebuah negeri pengeluar rambutan utama di negara ini untuk pasaran antarabang­sa.

Oleh itu, katanya, FAMA merancang untuk meningkatk­an lagi pembelian rambutan yang ditanam di Langkawi daripada 40 peratus masa kini kepada 50 peratus pada masa terdekat ini bagi memenuhi permintaan antarabang­sa.

F A M A j u g a a k a n meneruskan bantuan mempromosi buah tempatan itu yang dijenamaka­n sebagai ‘ Langkawi Grown Rambutan’ dalam kalangan pelancong dari luar negeri menerusi kerjasama dengan Lembaga Pembanguna­n Langkawi dan agensi-agensi kerajaan yang lain, katanya.

Menurutnya, beberapa buah lokasi telah dikenal pasti untuk dijadikan tapak promosi dan jualan rambutan yang setakat ini melibatkan Lapangan Terbang Antarabang­sa Langkawi dan Oriental Village di Teluk Burau. — Bernama

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia