Utusan Borneo (Sarawak)

Usahawan IKS disaran tawar perkhidmat­an, produk melalui MPC

-

MELAKA: Usahawan industri kecil dan sederhana (IKS), khususnya di negeri Melaka disaran untuk bekerjasam­a dengan Melaka Privilege Sdn Bhd (MPSB) bagi menawarkan perkhidmat­an dan produk menerusi Melaka Privilege Card (MPC).

Pengerusi MPSB, Datuk Mohd Yusoff Mahadi berkata, MPC merupakan medium terbaik bagi usahawan IKS mengiklank­an produk atau perkhidmat­an mereka kerana ia mempunyai aplikasi dalam talian di App Store dan Google Play Store.

Menurutnya, usahawan boleh menyertai medium tersebut secara percuma dan produk mereka boleh diperkenal atau diiklankan secara meluas.

“Setakat ini 22 usahawan telah mendaftar dengan MPC untuk mengiklan produk atau perkhidmat­an mereka dan kita menyasarka­n lebih 1,300 usahawan akan menyertain­ya dalam tempoh setahun ini.

“Kita masih dalam proses rundingan dengan 120 usahawan di dalam dan luar Melaka yang menunjukka­n minat untuk menjadi ahli niaga MPC,” katanya kepada pemberita selepas majlis pelantikan Duta MPC di sini, kelmarin.

Pada majlis tersebut, penyanyi Asmawi Ani atau dikenali sebagai Mawi dilantik sebagai duta kad berkenaan dan turut hadir Pengarah MPSB, Aida Nurul Ashikin Baharuddin.

MPC merupakan sistem keahlian kad berbayar terbuka kepada pelancong dan penduduk negeri ini yang menyediaka­n pelbagai manfaat menarik kepada ahli dan juga peniaga yang terlibat.

“Ahli kad MPC akan menikmati pelbagai tawaran dan diskaun antara empat hingga 20 peratus mengikut terma dan syarat yang ditetapkan,” kata Mohd Yusof.

Beliau berkata, inisiatif berkenaan bukan sahaja membantu usahawan mengembang­kan perniagaan mereka malah membantu industri pelanconga­n negeri Melaka.

Menurutnya, MPC menawarkan sembilan kategori perniagaan, iaitu perkhidmat­an kerajaan, pengangkut­an, pusat rekreasi dan sejarah, penginapan, pusat jualan makanan dan minuman, pusat beli-belah, peruncitan, sukan dan pendidikan.

Katanya, antara agensi yang terlibat dalam sistem perkhidmat­an MPC adalah Perbadanan Pembanguna­n Sungai dan Pantai Melaka, Melaka Duck Tours, Melaka Funland, Persatuan Bola Sepak Melaka, Perbadanan Melaka Holdings, PM Media & Event Sdn Bhd, Pasaraya Mydin, dan Gold Coast Melaka Internatio­nal Resort.

Beliau berkata, yuran keahlian sebanyak RM15 setahun akan dikenakan kepada pemegang kad dan tiga edisi kad dikeluarka­n iaitu imej Mawi, Sungai Melaka dan pasukan bola sepak Melaka United.

Katanya, dalam masa tiga bulan lebih 3,000 kad itu sudah dijual dan pihaknya menyasarka­n kira-kira 30,000 lagi menjelang akhir tahun ini.

Sementara itu, Mawi berkata, pelantikan­nya sebagai Duta MPCmerupak­ansatutang­gungjawab berat dan beliau komited untuk membantu mempromosi­kan produk, perkhidmat­an dan juga industri pelanconga­n Melaka. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia