Utusan Borneo (Sarawak)

Bursa Malaysia dijangka kekal kukuh

Beberapa berita baik jadi pemangkin baharu, rangsang keyakinan pelabur

-

KUALA LUMPUR: Dagangan di Bursa Malaysia dijangka kekal kukuh minggu ini berikutan beberapa berita baik seperti ramalan pertumbuha­n ekonomi lebih tinggi oleh Tabung Kewangan Antarabang­sa (IMF), peningkata­n aliran masuk ekuiti asing, pengukuhan ringgit dan kenaikan harga minyak mentah.

Naib Presiden dan Ketua Penyelidik­an Runcit, Affin Hwang Investment Bank, Datuk Dr Nazri Khan Adam Khan berkata, berita baik itu menjadi pemangkin baharu serta merangsang keyakinan pelabur terhadap bursa tempatan.

“Oleh itu, FTSE Bursa Malaysia KLCI ( FBM KLCI) dijangka kekal kukuh pada paras 1,780 minggu depan,” katanya kepada Bernama.

Nazri Khan berkata, ramalan peningkata­n keluaran dalam negara kasar (KDNK) 2017 Malaysia kepada 4.8 peratus daripada 4.5 peratus oleh IMF pada Isnin telah menyebabka­n ringgit melonjak sebagai mata wang yang meningkat paling tinggi dalam kalangan negara ASEAN.

“Setakat hari ini ( kelmarin) kita juga menyaksika­n pengaliran masuk RM11.2 bilion ke dalam pasaran ekuiti tempatan, yang menjadi pemangkin ibagi meningkatk­an sentimen pelabur,” katanya.

Sementara itu, Nazri Khan juga berkata, saham berkaitan teknologi dan Pasaran ACE mungkin memberi sokongan kepada bursa tempatan minggu depan, terutama selepas pengumuman pada Khamis mengenai lima syarikat Malaysia disenaraik­an Forbes 2017 sebagai ‘ Terbaik Di Bawah Satu Bilion’.

“Penekanan ke atas ekonomi digital baru- baru ini juga melonjakka­n saham berkaitan teknologi,” tambahnya.

Pada asas Jumaat ke Jumaat, FBM KLCI ditutup lebih tinggi pada awal minggu kerana ramalan pertumbuha­n KDNK yang disemak semula oleh IMF meningkatk­an sentimen di Bursa Malaysia.

Indeks utama merosot selepas itu pada Jumaat, terutama disebabkan aktiviti pengambila­n untung daripada kenaikan baru-baru ini, di samping kekurangan pemangkin baharu selepas Rizab Persekutua­n AS mengundi untuk mengekalka­n ka- dar faedah antara 1.0-1.25 peratus pada Rabu.

Pada asas mingguan, penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 8.08 mata kepada 1,767.08 berbanding 1,759.00 minggu sebelumnya.

Indeks Emas FBM melonjak 51.62 mata kepada 12,591.63, Indeks FBMT 100 naik 52.72 mata kepada 12,232.61 dan Indeks Syariah Emas FBM menokok 9.79 mata kepada 12,729.68. FBM 70 melambung 57.58 mata kepada 14,973.47 tetapi FBM Ace rugi 138.84 mata kepada 6,616.64.

Darisegise­ktor,Indeks Perladanga­n merosot 31.56 mata kepada 7,839.79 dan Indeks Perusahaan turun 1.13 mata kepada 3,274.01.

Bagaimanap­un, Indeks Ke- wangan menambah 155.24 mata kepada 16,826.38.

Jumlah dagangan jatuh kepada 7.87 bilion unit bernilai RM9.03 bilion berbanding 9.96 bilion unit bernilai RM10.01 bilion minggu sebelumnya.

Volum Pasaran Utama jatuh kepada 5.08 bilion saham bernilai RM8.45 bilion berbanding 6.49 bilion saham bernilai RM9.26 bilion Jumaat lalu.

Volum waran susut kepada 580.48 juta unit bernilai RM63.99 juta berbanding 742.7 juta unit bernilai RM69.76 juta.

J u m l a h d a g a n g a n Pasaran ACE menguncup kepada 2.17 bilion saham bernilai RM506.05 juta berbanding 2.68 bilion saham bernilai RM668.58 juta. — Bernama

Niaga hadapan emas dijangka diniaga tinggi

KUALA LUMPUR: Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivative­s dijangka diniagakan tinggi minggu ini, mengambil kesempatan daripada kelemahan dolar AS serta seiring dengan prestasi niaga hadapan emas di Bursa Komoditi Amerika Syarikat (Comex).

Seorang peniaga berkata harga niaga hadapan emas Bursa Malaysia dijangka meneruskan aliran meningkatn­ya sekiranya dolar AS kekal lemah terutamany­a selepas Rizab Persekutua­n Amerika Syarikat (Fed) memutuskan untuk mengekalka­n kadar faedahnya tidak berubah.

“Pasaran menyasar data keluaran dalam negara kasar (KDNK) Amerika Syarikat akan datang bagi mencari lebih banyak petunjuk mengenai langkah mengetatka­n dasar kewanganny­a.

“Data KDNK Amerika Syarikat yang lebih kukuh daripada dijangkaka­n akan mempercepa­tkan pergerakan kenaikan kadar faedah seterusnya atas sokongan ekonomi lebih kukuh, meningkatk­an hasil bon dan menjadikan jongkong kurang menarik dalam pasaran,” katanya.

Bagi minggu yang baharu berakhir ini, pasaran emas diniagakan kebanyakan­nya tinggi, seiring dengan prestasi pasaran emas di Comex.

Bagi asas Jumaat ke Jumaat, bulan semerta Julai 2017 meningkat 15 mata kepada RM173 segram, Ogos 2017 menokok 11 mata kepada RM173.30 s e g r a m , S e p t e m b e r 2017 naik 10 mata kepada RM173.40 tetapi Oktober 2017 susut 14 mata kepada RM172.90 segram.

Jumlah dagangan mingguan bagi minggu sebelumnya meningkat kepada 42 lot bernilai RM725,620 daripada 26 lot bernilai RM239,855 juta dalam dua minggu sebelumnya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia