Utusan Borneo (Sarawak)

Harga timah dijangka diniaga dalam jajaran kecil

-

KUALA LUMPUR: Pasaran Timah Kuala Lumpur (PTKL) dijangka diniagakan dalam jajaran kecil minggu ini berikutan pembetulan teknikal selepas mencatatka­n prestasi kukuh dalam minggu yang baharu berakhir ini.

Seorang peniaga berkata selepas meningkat sehingga setinggi AS$ 20,750 setan metrik pada Jumaat, pasaran dijangka lengang apabila para peniaga mencari pemangkin baharu.

Bagaimanap­un, beliau berkata harga timah dijangka kekal di atas paras AS$20,200 disebabkan asas yang kukuh.

“Bekalan terhad dan berita terkini mengenai penutupan kilang peleburan di China dijangka terus memberi sokongan kepada logam tersebut,” katanya kepada Bernama.

Bagi minggu yang baharu berakhir ini, pasaran diniagakan dalam jajaran AS$20,155 hingga AS$20,750 setan metrik. — Bernama KUALA LUMPUR: Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) dijangka dalam trend meningkat minggu ini, menjejaki prestasi pendasar pasaran tunai, kata peniaga.

Naib Presiden dan Ketua Penyelidik­an Runcit, Affin Hwang Investment Bank, Datuk Dr Nazri Khan Adam Khan berkata, trend meningkat itu dijangka disokong beberapa berita baik seperti ramalan pertumbuha­n ekonomi yang lebih tinggi oleh Tabung Kewangan Antarabang­sa dan Bank Dunia, peningkata­n aliran masuk ekuiti asing, pengukuhan ringgit serta kenaikan harga minyak mentah.

“Berikutan itu, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) dijangka kekal kukuh sekitar paras 1,780 minggu depan (minggu ini),” katanya kepada Bernama.

Minggu ini, kontrak niaga hadapan secara umumnya diniaga lebih tinggi, tetapi merosot pada Jumaat, terutama disebabkan aktiviti pengambila­n untung.

Pada asas Jumaat ke Jumaat, Julai 2017 meningkat lima mata kepada 1,767.5, Ogos 2017 menambah 5.5 mata kepada 1,768.5, September 2017 menokok lapan mata kepada 1,769.9 dan Disember 2017 naik 5.5 mata kepada 1,767.5.

Jumlah dagangan pada minggu itu melonjak kepada 83,495 lot berbanding 15,518 lot pada Jumaat, tetapi kepentinga­n terbuka menguncup kepada 46,142 kontrak daripada 48,230 kontrak.

Penanda aras FBM KLCI mengakhiri minggu itu 8.08 mata lebih tinggi kepada 1,767.08 berbanding 1,759.00 Jumaat sebelumnya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia