Utusan Borneo (Sarawak)

Pasaran getah dijangka melantun semula

-

KUALA LUMPUR: Pasaran getah Malaysia dijangka melantun semula minggu ini berikutan permintaan baharu dan jangkaan kenaikan harga minyak serta dagangan berhati-hati ringgit berbanding dolar AS pada masa hadapan, kata seorang peniaga.

Beliau berkata, pergerakan harga juga dijangka dipengaruh­i oleh prestasi Bursa Komoditi Tokyo (TOCOM).

Peniaga itu berkata harga minyak mempengaru­hi harga getah apabila kenaikan dan penurunann­ya akan menentukan penetapan harga pesaing getah asli, getah sintetik.

“Pasaran dijangka melantun semula apabila para peniaga mungkin mengambil kesempatan daripada harga rendah minggu ini,” katanya.

Pasaran juga dijangka disokong oleh pemulihan harga minyak, data inventori lebih kukuh daripada yang dijangkaka­n di Amerika Syarikat dan komitmen oleh pengeluar utama di Timur Tengah untuk mengehadka­n bekalan ke pasaran global.

Bagaimanap­un, beliau berkata, kenaikan itu mungkin dihadkan oleh data inventori getah tinggi di Jepun seperti yang dilaporkan oleh Rubber Trade Associatio­n of Japan (RTAJ).

RTAJ melihat inventori di pelabuhan Jepun berjumlah 7,592 tan metrik pada 20 Julai, naik 12.9 peratus daripada tarikh inventori terakhir.

Bagi minggu yang baharu berakhir ini, harga getah kebanyakan­nya ditutup rendah, seiring dengan penurunan di TOCOM berikutan kekukuhan yen berbanding dolar AS, serta prestasi pasaran niaga hadapan serantau lain.

Pasaran bermula rendah pada minggu lepas sebelum melantun semula sedikit pada Selasa, tetapi turun semula bagi tempoh berbaki sepanjang minggu dagangan.

B a g i a s a s J u m a a t ke Jumaat, harga fizikal rasmi Lembaga Getah Malaysia bagi gred tayar SMR 20 susut 36 sen kepada 621.5 sen sekilogram daripada 657.5 sen sekilogram, dan susu getah pukal turun lapan sen kepada 506 sen sekilogram daripada 518 sen sekilogram.

Pada 5 petang, harga penutup bagi gred tayar SMR 2 0 t u r u n 5 8 s e n kepada 603.5 sen sekilogram, manakala susu getah pukal susut 15.5 sen kepada 502 sen sekilogram. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia