Utusan Borneo (Sarawak)

Ringgit dijangka diniagakan tinggi

-

KUALA LUMPUR: Ringgit dijangka diniagakan tinggi minggu ini disebabkan antara lainnya pemulihan harga komoditi, kadar faedah Rizab Persekutua­n Amerika Syarikat yang tidak berubah dan ditambah dengan perkembang­an positif dalam negeri.

Naib Presiden/ Ketua Penyelidik­an Runcit Affin Hwang Investment Bank Datuk Dr Nazri Khan Adam Khan berkata, ekonomi global yang bertambah baik telah merangsang momentum dalam negara, menarik lebih ramai pembeli asing bagi saham tempatan dan ringgit.

“Ekonomi Malaysia pada separuh pertama berkembang pada tahap membanggak­an dan dijangkaka­n berterusan sehingga ke separuh kedua tahun ini.

“Berikutan ini, kami yakin menjelang akhir tahun, unit tempatan akan diniagakan pada paras 3.95 daripada 4.27 ketika ini,” katanya kepada Bernama.

Nazri memetik Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai berkata ( di persidanga­n Invest Malaysia 2017) bahawa eksport Malaysia telah melepasi paras RM80 bilion buat pertama kalinya dan pasaran modal meningkat sebanyak sembilan peratus ke tahap RM3.1 trilion dalam tempoh enam bulan pertama tahun ini.

“M a l a h a n , d a l a m pasaran ekuiti aliran masuk bersih berjumlah RM11 bilion pada separuh pertama 2017, berbanding RM3 bilion aliran keluar bersih sepanjang 2016,” Najib dipetik sebagai berkata.

Perdana Menteri juga berkata Tabung Kewangan Antarabang­sa ( IMF) telah menyemak semula unjuan bagi ekonomi Malaysia dengan menaikkann­ya kepada 4.8 peratus daripada 4.5 peratus tahun ini.

“Ringgit Malaysia meningkat sebanyak lima peratus dan merupakan antara mata wang yang mencatatka­n prestasi terbaik di dunia daripada paras paling lemah,” kata Nazri.

Bagi asas Jumaat ke Jumaat, ringgit diniagakan tinggi pada 4.2760/2790 berbanding dolar AS daripada 4.2820/2850 minggu sebelumnya.

Bagaimanap­un, unit tempatan itu diniagakan rendah berbanding mata wang utama lain, kecuali dolar AS.

Ringgit turun berbanding dolar Singapura kepada 3.1471/ 1514 daripada 3.1375/1410 pada Jumaat minggu sebelumnya dan susut berbanding yen kepada 3.8377/ 8418 daripada 3.8362/8406.

U n i t t e m p a t a n i t u jatuh berbanding pound British kepada 5.6187/6239 daripada 5.5692/ 5744 dan berkuranga­n berbanding euro kepada 5.0106/0154 daripada 4.9868/9916. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia