Utusan Borneo (Sarawak)

Kontrak niaga hadapan MSM teruskan pembetulan

-

KUALA LUMPUR: Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah ( MSM) di Bursa Malaysia Derivatif dijangka menyaksika­n pembetulan lagi minggu ini berikutan trend positif minggu lepas, kata peniaga.

Peniaga Kanan Interband Group, Jim Teh berkata, harga MSM diramal bergerak antara RM2,400 dan RM2,500 satu tan metrik minggu ini, berikutan kebimbanga­n mengenai tahap pengeluara­n.

“Dilaporkan terdapat stok yang banyak di Indonesia yang boleh menurunkan harga, manakala pemulihan harga minyak tidak akan memberi sokongan kepada komoditi berkenaan,” katanya kepada Bernama.

Menurutnya, harga itu juga akan menjejaki prestasi ringgit berbanding dolar AS.

Untuk minggu baharu berakhir, pasaran hadapan MSM Malaysia diniagakan keseluruha­nnya lebih tinggi berikutan jangkaan kenaikan pengeluara­n serta eksport produk minyak sawit Malaysia yang lebih tinggi yang didedahkan oleh pengukur kargo, Intertek Testing Services.

Pda asas Jumaat ke Jumaat, bulan semerta Ogos 2017 meningkat RM54 kepada RM2,666 satu tan metrik, September 2017 menambah RM72 kepada RM2,656 satu tan metrik, Oktober 2017 menokok RM82 kepada RM2,655 satu tan metrik dan November 2017 untung RM81 kepada RM2,653 satu tan metrik.

Jumlah dagangan ming- guan meningkat kepada 233,470 lot daripada 171,148 lot minggu sebelumnya manakala kepentinga­n terbuka naik kepada 250,725 kontrak daripada 249,164 kontrak.

Di pasaran fizikal, Ogos Selatan berada pada RM2,680 satu tan metrik berbanding Julai Selatan pada RM2,620 satu tan metrik. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia