Utusan Borneo (Sarawak)

Rempuhan maut di stadium Johannesbu­rg

Perlawanan bola sepak tempatan berakhir dengan tragedi, dua maut, belasan lagi cedera

-

JOHANNESBU­RG: Dua terbunuh dalam rempuhan oleh peminat bola sepak kelmarin di stadium Afrika Selatan yang pernah menjadi tuan rumah bagi perlawanan akhir Piala Dunia 2010, menurut polis dan pihak berkuasa.

Insiden berlaku dalam satu perlawanan tempatan pramusim di antara Kaizer Chiefs dan Orlando Pirates, pasukan paling terkenal di negara ini, kedua-duaya dari Soweto.

“Saya dapat mengesahka­n kematian dua orang,” jurucakap polis Lorraine van Emmerik, memberitah­u AFP.

Beliau menyatakan beberapa orang lagi telah turut tercedera ketika “kumpulan orang ramai yang berasakasa­k telah cuba untuk masuk ke dalam stadium” di selatan Johannesbu­rg.

Dalam satu kenyataan dipetik oleh sebuah laman sesawang bola sepak atas talian KickOff, pihak penaja perlawanan Carling Black Label turut mengesahka­n “dua kematian berpunca dari trauma dipukul dengan benda kasar.”

Mereka menyatakan seorang peminat mengalami kecederaan kritikan LAO dan 16 orang penonton lain mengalami kecederaan ringan.

Syarikat pembuat bir tersebut menyatakan ia berasa sangat sedih dengan kematian akibat rempuhan berpunca daripada beberapa orang yang cuba untuk tolak-menolak melalui pagar stadium.

Tiket perlawanan telah habis terjual sejak dua minggu sebelum perlawanan.

Laporan media tempatan mencadangk­an tiket- tiket palsu telah dijual, sementara beberapa penganalis­is menyatakan para penonton lambat memasuki stadium.

“Insiden ini amat malang sedangkan rancangan keselamata­n yang kukuh telah dilaksanak­an,” kata Carling dalam satu kenyataan.

Badan penyiaran awam dan persendiri­an telah memetik pihak berkuasa sebagai menyatakan kejadian rempuhan berlaku di luar sebuah pagar di stadium FNB yang menjadi tuan rumah bagi perlawanan akhir Piala Dunia, tujuh tahun lepas telah dimenangi Sepanyol.

Hlomla Hlangani, seorang pelatih wartawan video dengan pihak penyiaran awam SABC yang berada di stadium, menyatakan masalah berlaku sejurus selepas perlawanan bermula.

Beliau menyatakan pihak keselamata­n stadium telah menghubung­i bagi bantuan polis selepas mereka gagal untuk menghalang sekumpulan peminat yang cuba untuk berasak- asak masuk melalui pagar.

Beliau memetik seorang saksi memberitah­unya bahawa 15 minit sebelum perlawanan “terdapat banyak trafik untuk masuk ke dalam stadium.

“Orang ramai menjadi marah dan beberapa orang lagi dalam keadaan mabuk, serta ingin untuk segera masuk ke dalam stadium.”

Michael Sun, seorang kaunselor perbandara­n Johannesbu­rg bertanggun­gjawab bagi keselamata­n awam, bercakap mengenai kejadian rempuhan.

“Laporan situasi dari FNB Soweto Derby?

“Rempuhan dilaporkan dengan beberapa kecederaan, dua orang disahkan meninggal dunia,” tulis Sun di dalam Twitter.

P i h a k p o l i s t e l a h melancarka­n siasatan mengenai insiden maut.

Perlawanan dijalankan di sebalik tragedi di stadium, dengan mempunyai satu kapasiti rasmi bagi seramai 94,000, dan telah dimenangi 1-0 oleh Kaizer Chiefs.

Persatuan Bola Sepak Afrika Selatan (SAFA) menyatakan ia berasa sangat sedih dengan tragedi itu.

“Satu perlawanan bola sepak adalah sepatutnya menjadi satu tempat bagi hiburan. Apa yang berlaku di Stadium FNB adalah sangat malang,” presiden SAFA Danny Jordaan, menyatakan di dalam satu kenyataan.

Dua tragedi bola sepak yang buruk di Afrika Selatan melibatkan perlawanan di antara kelab yang sama—pada tahun 2001 ketika 43 orang telah terkorban, dan pada 1991, ketika angka kematian adalah 42 orang.

Tragedi bola sepak yang terburuk di Dunia berlaku pada 1964 di Lima semasa satu perlawanan kelayakan Olimpik di antara Peru dan Argentina di Stadium Negara. Angka rasmi adalah 328 kematian. — AFP

 ?? — Gambar AFP ?? TRAGIK: Marsyal dan kenderaan perkhidmat­an kecemasan beredar dari Stadium FNB di Johannesbu­rg, kelmarin.
— Gambar AFP TRAGIK: Marsyal dan kenderaan perkhidmat­an kecemasan beredar dari Stadium FNB di Johannesbu­rg, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia