Utusan Borneo (Sarawak)

Rumah Ruto diceroboh, penyerang dibunuh

-

NAIROBI: Pasukan keselamata­n elit Kenya semalam membunuh seorang lelaki di rumah Timbalan Presiden William Ruto, sekali gus menamatkan kepungan 20 jam yang bermula dengan serangan yang mencederak­an seorang anggota polis, menurut polis.

Ruto dan keluargany­a tidak berada di hartanah luas di barat laut negara itu semasa serangan kelmarin yang berlaku dua minggu sebelum negara mengundi dalam pilihan raya dengan pertaruhan tinggi.

Ketua polis Joseph Boinnet berkata pagi semalam bahawa penyerang baharu sahaja ditembak mati dan situasi kini terkawal.

Maklumat lanjut dan motif serangan belum dapat dipastikan.

Boinnet berkata, seorang penyerang bersenjata­kan parang menyerang seorang pegawai polis yang merupakan s e b a h a g i a n d a r i p a d a pasukan keselamata­n Ruto, menyebabka­n mangsa cedera parah, merampas senjata apinya lalu memasuki rumah tersebut.

Anggota tambahan tiba dan penyerang melarikan diri ke dalam bangunan yang sedang dibina dekat pintu pagar.

Namun beberapa sumber keselamata­n mendakwa kelmarin serangan tersebut dilancarka­n beberapa orang bersenjata.

“Sekumpulan lelaki bersenjata melancarka­n serangan itu, menembak pegawai GSU terbabit dan merampas senjatanya,” menurut seorang pegawai keselamata­n, merujuk kepada unit elit polis Unit Keselamata­n Umum yang dikerahkan menjaga rumah Ruto.

Ruto keluar dari rumahnya sejurus sebelum serangan itu untuk menghadiri rapat umum bersama Presiden Uhuru Kenyatta, rakan pertanding­an yang berdepan saingan sengit untuk dilantik semula pada 8 Ogos daripada ketua pembangkan­g veteran Raila Odinga.

Serangan berlaku di sebalik kehadiran pengawal GSU di hartanah dekat bandar Eldoret itu, kira- kira 300 kilometer barat laut ibu negara Nairobi.

Akhbar The Daily Nation semalam mempersoal bagaimana serangan berani seumpama i tu boleh dibenarkan berlaku di salah sebuah kediaman paling ketat dilindungi di negara itu. — AFP

 ?? — Gambar Reuters ?? DIKAWAL RAPI: Pemandanga­n menunjukka­n rumah Ruto di kampung Sugoi dekat Eldoret.
— Gambar Reuters DIKAWAL RAPI: Pemandanga­n menunjukka­n rumah Ruto di kampung Sugoi dekat Eldoret.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia