Utusan Borneo (Sarawak)

Raja Maghribi ampunkan lebih 1,000 tahanan

-

RABAT: Raja Mohammed VI dari Maghribi kelmarin telah mengampuni lebih seribu tahanan, sebahagian daripada mereka di bawah penahanan kerana mengambil bahagian dalam bantahan di wilayah utara Rif yang bermasalah, u m u m k e m e n t e r i a n kehakiman.

Monarki tersebut telah mengampuni sejumlah 1,178 orang, termasuk beberapa orang yang menyertai tunjuk perasaan di bandar Al- Hoceima di pelabuhan utara dan kawasan sekitarnya, menurut pihak kementeria­n dalam satu kenyataan, dikeluarka­n sejurus sebelum Raja Mohammed melakukan satu ucapan yang disiarkan di televisyen bagi menandakan 18 tahun memegang takhta.

Kementeria­n kehakiman menyatakan pengampuna­n telah diberikan kepada mereka “yang tidak melakukan jenayah dan yang tidak terlibat dalam tindakan serius… dengan memikirkan tentang keluarga mereka dan keadaan kemanusiaa­n.”

Rif, sebuah wilayah Berber di mana Al-Hoceima terletak, telah dibelenggu oleh keganasan selama beberapa bulan.

Bantahan meletus pada Oktober lepas selepas seorang penjual ikan telah digilis sehingga mati di dalam sebuah trak sampah ketika beliau cuba untuk mengambil semula seekor ikan todak yang dirampas kerana telah ditangkap di luar musimnya.

Tuntutan bagi kehakiman kemudian dikumpulka­n menjadi satu pergerakan sosial yang lebih luas dikenali sebagai Al-Hirak al-Shaabi, meminta pekerjaan, pembanguna­n dan satu penamat kepada kegiatan rasuah.

A b d e s s a d e k A l - Bouchtaoui, peguam penunjuk perasaan yang ditahan, menyatakan pengampuna­n beramai-ramai sebagai satu langkah positif.

Menurut jumlah rasmi terbaharu, 176 telah ditahan, termasuk pemimpin pergerakan, Nasser Zefzafi.

Kerajaan telah berjanji akan melakukan pelaburan besar di wilayah, menghantar menteri-menteri ke kawasan berkenaan serta menarik balik anggota polis dari kawasan terkenal dalam satu usaha untuk meringanka­n situasi.

Satu keadaan tenang sekejap berakhir pada 21 Julai denga pertempura­n terhadap satu tunjuk perasaan yang diharamkan mana turut menarik penyokong dari kalangan diaspora Maghribi yang lebih besar.

Seramai 72 anggota polis cedera akibat lontaran batu dan 11 penunjuk perasaan cedera akibat gas pemedih mata yang digunakan bagi meleraikan perhimpuna­n, lapor agensi berita rasmi MAP, memetik kepada pihak berkuasa di Al- Hoceima. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia