Utusan Borneo (Sarawak)

Lelaki bersenjata mengamuk di kelab malam selatan Jerman

-

BERLIN: Seorang lelaki bersenjata melepaskan tembakan di sebuah kelab malam di selatan Jerman awal semalam, menyebabka­n seorangmau­tdanempatc­edera sebelum ditembak polis, menurut pihak berkuasa.

Penyerang berusia 34 tahun itucederap­arahketika­berbalas tembakan dengan pegawai polis sambil melarikan diri dari disko tersebut, sebelum kemudianny­a disahkan mati di hospital, menurut polis.

“Motif lelaki terbabit yang kemungkina­n bertindak sendirian belum lagi diketahui,” katanya.

Para pegawai mulai menerima panggilan k e c e m a s a n d a r i p a d a pelanggan kelab yang ketakutan sekitar jam 4.30 pagi waktu tempatan setelah lelaki itu mulai melepaskan tembakan dalam kelab malam di zon perindustr­ian di bandar Constance, membunuh seorang mangsa serta-merta dan menyebabka­n tiga yang lain cedera parah.

Sejurus selepas dia beredar dari tempat kejadian, dia ditembak oleh polis dan seorang pegawai turut cedera dalam kejadian berbalas tembakan itu.

Pelanggan yang ketakutan sama ada melarikan diri atau berlindung di tempat yang selamat, menurut polis.

Helikopter berlegar di ruang udara dan pasukan khas turut dikerah untuk memantau tempat kejadian.

Badan penyiaran tempatan SWR melaporkan saksi sebagai berkata bahawa penyerang bersenjata­kan selaras pistol automatik.

Seorang pengawal di tempat kejadian cuba menghalang penyerang tetapi cedera ditembak lelaki itu, menurut SWR.

Kejadian berlaku hanya dua hari selepas Jerman dikejutkan dengan serangan berpisau di bandar pelabuhan utara Hamburg.

Pemuda Palestin berusia 26 tahun itu telah membunuh seorang mangsa dan mencederak­an enam yang lain dalam serangan di sebuah pasar raya.

Dia diketahui berpendiri­an Islamis dan mempunyai masalah psikologi, namun penyiasat belum dapat menentukan motifnya. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia