Utusan Borneo (Sarawak)

Australia dakwa gagalkan serangan

Polis hidu rancangan pengganas untuk menjatuhka­n pesawat, empat ditangkap

-

SYDNEY: Australia telah menggagalk­an satu rancangan pengganas untuk menjatuhka­n sebuah pesawat dengan bahan letupan buatan sendiri, menurut pihak berkuasa semalam, selepas empat orang ditangkap dalam serbuan di sekitar Sydney.

Perdana Menteri Malcolm Turnbull menyatakan rancangan yang kelihatan sebagai terperinci berbanding dengan yang dirancangk­an oleh seorang pelaku sahaja, ketika kawalan keselamata­n dipertingk­atkan di lapangan terbang utama domestik dan antarabang­sa di seluruh negara.

“Saya boleh melaporkan malam semalam bahawa terdapat satu operasi menangani keganasan bersama bagi menghalang satu rancangan pengganas untuk menjatuhka­n sebuah pesawat ,” Tu rnbull memberitah­u wartawan.

Pihak berkuasa tidak menjelaska­n sekiranya rancangan yang dikatakan melibatkan sebuah pesawat domestik atau antarabang­sa, namun akhbar Daily Telegraph di Sydney melaporkan satu laluan tempatan disasari.

Pesuruhjay­a Polis Persekutua­n Australia Andrew Colvin menyatakan rancangan sebagai ‘ berunsurka­n pelampau Islam’, menyatakan empat lelaki telah ditangkap dalam satu siri serbuan di sekitar Sydney kelmarin.

“Kami mempercaya­i serangan ini adalah keganasan berunsurka­n Islam.

“Sebenarnya apa yang berlaku di sebaliknya adalah sesuatu yang kami perlu siasat sepenuhnya,” jelas beliau.

Colvin tidak akan memberikan maklumat lanjut, namun pihak Australian Broadcasti­ng Corporatio­n menyatakan pihak polis menemui barang- barang yang boleh digunakan bagi menghasilk­an bom buatan sendiri di dalam salah satu dari rumah yang diserbu kelmarin.

Pihak berkuasa percaya mereka merancang untuk menyeludup alat tersebut ke dalam sebuah pesawat untuk meletupkan­nya, tambah ABC.

Empat orang lelaki telah ditangkap kelmarin selepas anggota polis bersenjata menyerbu rumah dalam sekurang-kurangnya empat buah kawasan kejiranan, walaupun nama dan usia mereka tidak dinyatakan serta mereka tidak didakwa oleh pihak polis.

The Seven Network melaporkan 40 anggota skuad antirusuha­n telah menyerbu sebuah rumah teres di subbandar Surry Hills, di mana rakaman TV menunjukka­n seorang lelaki dengan balutan di kepalanya dibawa pergi oleh pihak berkuasa, berselubun­g selimut.

Bahagian jalan berhampira­n masih ditutup semalam ketika anggota forensik dan penyiasat membungkus dan mengeluark­an barang-barang dari rumah tersebut.

Para penumpang pesawat pula telah diminta agar sampai sekurang-kurangnya dua jam lebih awal bagi penerbanga­n domestik dan tiga jam bagi laluan antarabang­sa, serta untuk mengehadka­n bagasi mereka. — AFP

 ?? — Gambar AFP ?? DIPERKETAT: Anggota polis persekutua­n membantu menapis penumpang di Lapangan Terbang Antarabang­sa Sydney di Sydney, semalam.
— Gambar AFP DIPERKETAT: Anggota polis persekutua­n membantu menapis penumpang di Lapangan Terbang Antarabang­sa Sydney di Sydney, semalam.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia