Utusan Borneo (Sarawak)

Datuk bandar terlibat kes narkotik ditembak mati

-

MANILA: Seorang datuk bandar Filipina dinamakan sebagai terlibat dalam dagangan narkotik telah ditembak mati dalam satu serbuan polis semalam, menurut pihak berkuasa, pegawai terbaharu yang dibunuh sejak Presiden Rodrigo Duterte melancarka­n satu perang dadah.

Duterte telah mengesan pegawai tempatan, anggota polis dan hakim sebagai sebahagian dari satu serangan yang membuatkan beliau terkenal di kalangan ramai penduduk Filipina namun telah mendapat kecaman daripada kumpulan hak asasi manusia dan pengkritik lain.

Di antara mereka yang dinamakan oleh Duterte adalah Reynaldo Parojinog, datuk bandar Ozamiz, yang telah terbunuh bersama dengan 11 orang lagi dalam satu serbuan awal pagi ke atas kediamanny­a, menurut polis.

“Pihak polis sedang menjalanka­n satu waran geledah ketika pengawal keselamata­n datuk bandar itu menembak ke arah mereka maka anggota polis kami telah membalas serangan,” jurucakap polis wilayah Superinten­den Lemuel Gonda memberitah­u AFP.

Anggota polis telah menemui bom tangan, peluru termasukla­h dadah haram dalam serbuan tersebut, menurut kepada ketua polis wilayah Jaysen De Guzman.

Duterte telah memenangi pilihan raya presiden pada tahun lepas menjanjika­n akan membunuh berpuluh ribu penjenayah bagi menghalang Filipina dari menjadi sebuah negara dadah.

Sejak beliau memegang jawatannya, polis telah dilaporkan membunuh hampir 3,200 orang dalam perang dadah tersebut.

Lebih dari 2,000 orang lagi telah terbunuh dalam jenayah berkaitan dengan dadah, menurut kepada data pihak polis.

Kumpulan hak asasi menyatakan ramai daripada mangsa tersebut telah dibunuh oleh skuad kematian sukarela dikaitkan dengan kerajaan, dan bahawa Duterte mungkin telah menangani satu jenayah bertentang­an dengan kemanusiaa­n.

Dalam satu ucapan pada tahun lepas, Duterte menyatakan Parojinog adalah di antara datuk bandar yang terlibat dalam dagangan dadah haram.

Pihak polis menyatakan semalam mereka telah melakukan tinjauan terhadap Parojinog berdasarka­n kepada kenyataan presiden.

“Beliau mempunyai ramai kakitangan keselamata­n yang membawa senjata api tanpa lesen,” ketua polis wilayah Timoteo Pacleb memberitah­u radio DZMM.

Dua orang datuk bandar lain disebut oleh Duterte dalam apa yang dikatakan sebagai “senarai dadah” beliau telah terbunuh pada tahun lepas.

Pada November, Rolando Espinosa, datuk bandar Albuera, telah dibunuh ketika satu serbuan waktu malam di sebuah penjara wilayah.

Duterte telah mempertaha­nkan anggota yang terlibat dalam serbuan dan mengarahka­n penerimaan tugas mereka semula, dengan pengkritik menyatakan keputusan akan memburukka­n “budaya pengampuna­n” di negara tersebut. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia