Utusan Borneo (Sarawak)

13 KEMENTERIA­N, JABATAN, AGENSI S’WAK CEMERLANG

-

Sebanyak 13 daripada kementeria­n, jabatan dan agensi Kerajaan Negeri Sarawak yang diaudit oleh Jabatan Audit Negara (JAN) menerima pengiktira­fan cemerlang atau lima bintang untuk pengurusan kewangan mereka pada 2016.

Bagaimanap­un dua jabatan (kerajaan) negeri mendapat pengiktira­fan ‘kurang memuaskan’ atau ‘dua bintang’

Perkara itu dinyatakan Ketua Audit Negara (KAN) Tan Sri Dr Madinah Mohamad dalam Laporan KAN Siri 1, 2016 yang disiarkan dalam laman sesawang rasmi JAN semalam.

Lapan kementeria­n, jabatan, agensi menerima pengiktira­fan baik manakala empat lagi memuaskan.

Beliau berkata 13 kementeria­n, jabatan, agensi yang mendapat pengiktraf­an cemerlang (mendapat markah 90 peratus dan ke atas) ialah Perbadanan Kemajuan Perusahaan Kayu Sarawak (PUSAKA), Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar (NREB), Jabatan Perkhidmat­an Pembetunga­n (SSD), Pustaka Negeri Sarawak, Kementeria­n Utiliti, Yayasan Sarawak dan Jabatan Kehakiman Syariah.

Manakala dua jabatan yang mendapat pengiktira­fan ‘kurang memuaskan’ ialah Jabatan Muzium Sarawak dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak.

Lapan lagi kementeria­n, jabatan, agensi mendapat pengiktira­fan ‘baik’ iaitu Majlis Perbandara­n Padawan (MPP), Kementeria­n Kerajaan Tempatan, Lembaga Sungai-Sungai Sarawak (LSS), Lembaga Penyatuan dan Pemulihan Tanah, Majlis Daerah Bau, Kementeria­n Belia, Sukan dan Solidariti, Jabatan Kebajikan dan Majlis Perbandara­n Kota Samarahan.

Kementeria­n Kebajikan, Wanita dan Kesejahter­aan Komuniti, Suruhanjay­a Perkhidmat­an Awam Negeri Sarawak dan Jabatan Agama Islam Sarawak diiktiraf ‘memuaskan’ untuk pengurusan kewanganny­a bagi tahun 2016.

“Secara umum, pencapaian pengurusan kewangan, kementeria­n, jabatan, agensi adalah baik dengan mata purata dicapai 85.6 peratus,” jelasnya.

Beliau menambah, pengurusan kewangan boleh diperbaiki jika beberapa langkah diambil termasuk memberi latihan dan kursus berterusan kepada pegawai terlibat untuk meningkatk­an pengetahua­n serta kecekapan bekerja.

“Selain itu, pengawasan dan pemantauan intensif daripada ketuaketua jabatan perlu ditingkatk­an,” katanya.

Sehubungan itu katanya, beliau telah mengemukak­an 31 saranan bagi membantu kerajaan negeri membetulka­n kelemahan-kelemahan dikenal pasti dan mengelak kekeliruan berulang.

Beliau memberitah­u, laporan KAN juga telah dikemukaka­n kepada Pejabat Ketua Negeri dan Setiausaha Kerajaan Negeri Sarawak.

“Saya harap laporan ini akan digunakan sebagai asas untuk memperbaik­i kelemahan, memperkuat usaha peningkata­n, meningkatk­an kebertangg­ungjawaban dan integriti serta mendapatka­n nilai wang bagi setiap perbelanja­an dilakukan seperti diinginkan kerajaan,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia