Utusan Borneo (Sarawak)

Elizabeth Bungan, gadis Sape yang semakin menarik perhatian

- Oleh Watt Zacchaeus

Itulah jolokan Elizabeth Bungan yang merupakan pemain sape wanita yang kian mencuri tumpuan ketika ini di negeri Sarawak.

Anak gadis kacukan Kelabit-Iban dari Sibu yang memulakan karier sejak dua tahun yang lalu dari seorang gadis biasa yang begitu meminati alatan muzik tradisiona­l sape itu mula menjadi ‘fokus’ setelah terlibat dalam Festival Muzik Hutan Hujan Dunia (RWMF) baru-baru ini.

Elizabeth atau lebih dikenali ramai dengan nama panggilann­ya Eli adalah antara yang terlibat sebagai pengasas sebuah kumpulan tradisiona­l dari Sibu iaitu Borneo Spectrum bersama dua ahli utama yang lain iaitu pembuat sape terkenal dari Sibu iaitu Anthony Abong dan seorang lagi ‘Key Player’ kumpulan tersebut iaitu Ramli Bicha.

Sekitar awal tahun 2016 mereka memulakan langkah dalam industri apabila berkenalan dengan seorang anggota utama kumpulan muzik Dayak dari Sibu iaitu Wandie Alie (vokalis utama Rentak Pengabang kini) yang banyak membimbing dan membuka jalan lalu memperkena­lkan mereka kepada industri muzik.

Bergerak sebagai sebuah kumpulan tradisiona­l dengan memasukkan kontempora­ri moden dalam irama sape sememangny­a cabaran besar bagi mereka.

Setelah nama mereka kian dikenali, mereka turut dijemput membuat persembaha­n di pelbagai acara rasmi dan tidak rasmi selain turut menubuhkan Kelab Sape Dayak Sibu pada tahun tersebut. Sebagai pemain sape wanita amatur di kalangan ra

mai pemain sape lelaki, beliau tampak lebih menyerlah dan berjaya menarik perhatian umum sehingga rakaman video yang dimuatnaik dalam laman sosial sering menjadi viral di kalangan pengguna laman sosial facebook.

Sementara itu, dalam perjalanan sesebuah kumpulan muzik, keluar masuk ahli adalah sebahagian dari lumrahnya dan Eli pada awal tahun ini memutuskan untuk keluar dari Borneo Spectrum.

Selepas itu, Eli memutuskan untuk meneruskan perjalanan secara solo atas sebab-sebab tertentu dan secara rasmi tidak lagi mengendali­kan kumpulan tersebut.

Banyak belajar dari orang lama dalam dunia sape, beliau semakin dikenali umum apabila turut ‘dipanggil’ menyertai pemain-pemain sape Sarawak yang turut dianggotai oleh dua ikon sape terkenal iaitu Jerry Kamit dan Alena Murang di acara World Harvest Festival dan yang terbaru RWMF.

Semasa di RWMF, Eli menyertai kumpulan sape wanita yang digelar ‘Ilo Leto’ yang turut dianggotai oleh Alena Murang, Rosemary, Munirih, Nurul Syafiqah dan Tasneem Bolhassan.

Selain itu juga, beliau turut diundang membuat persembaha­n di pelbagai acara rasmi kerajaan dan swasta selain dari pentas pesta rakyat dan mini Funfair sekitar negeri ini.

 ??  ??
 ??  ?? GANDINGAN MANTAP: Eli (kiri) ketika bersama ahli-ahli ‘Ilo Leto’. TIMBA PENGALAMAN: Eli (tengah) ketika bersama mahaguru sape terkenal di Sarawak.
GANDINGAN MANTAP: Eli (kiri) ketika bersama ahli-ahli ‘Ilo Leto’. TIMBA PENGALAMAN: Eli (tengah) ketika bersama mahaguru sape terkenal di Sarawak.
 ??  ?? ELIZABETH BUNGAN
ELIZABETH BUNGAN
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? SAPE GIRL: Eli ketika berada di atas pentas RWMF baru-baru ini.
SAPE GIRL: Eli ketika berada di atas pentas RWMF baru-baru ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia