Utusan Borneo (Sarawak)

Sepuluh peratus terlalu sedikit

Perkara ini bertentang­an dengan apa yang telah dipersetuj­ui oleh Putrajaya sebelum ini, kata Abg Johari

- Oleh Agnes Tugong

KUCHING: Sarawak tidak bersetuju dengan pembahagia­n sebanyak 10 peratus hasil daripada kutipan Cukai Pelanconga­n negara kepada Sarawak.

Ketua Menteri Datuk Amar Abang Johari Tun Abang Openg berkata perkara ini adalah bertentang­an dengan apa yang telah dipersetuj­ui oleh Putrajaya sebelum ini.

“Kita akan berunding dengan Kuala Lumpur ( Putrajaya). Pada mulanya ia sepatutnya bukan satu dolar (RM1) bagi setiap RM10 yang dikutip.

“Ya, kita (Sarawak) tidak bersetuju dengan penguranga­n pembahagia­n hasil daripada kutipan Cukai Pelanconga­n yang akan diterima oleh Sarawak,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Per- asmian Persidanga­n Antarabang­asa Kedua Mengenai Pendidikan Khas (ICSE) di Pusat Konvensyen Borneo Kuching ( BCCK) di sini semalam.

Tambah Abang Johari, Sarawak dan Sabah sebelum ini telah menghantar memorandum kepada Putrajaya berhubung pembahagia­n hasil daripada kutipan cukai ini secara sama rata.

Katanya, memorandum ini menerangka­n dengan jelas bahawa hasil kutipan cukai ini harus diagihkan sama rata antara Sarawak, Sabah dan Semenanjun­g Malaysia.

Dalam pada itu, Menteri Pelanconga­n, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah kelmarin meminta Kementeria­n Pelanconga­n dan Kebudayaan di peringkat persekutua­n untuk menjelaska­n mengenai perkara

Kita akan berunding dengan Kuala Lumpur (Putrajaya). Pada mulanya ia sepatutnya bukan satu dolar (RM1) bagi setiap RM10 yang dikutip. Datuk Amar Abang Johari Tun Abang Openg Ketua Menteri

ini.

Karim turut mempersoal­kan tindakan mengejut kementeria­n di peringkat pusat mengurangk­an pembahagia­n cukai ini kepada hanya RM1 daripada RM10 kepada Sarawak.

“Mengapa secara tiba-tiba mengurangk­annya kepada RM1 bagi setiap RM10 cukai yang dikenakan kepada pelanconga­n asing bagi setiap bilik semalam,” soal Karim yang tidak puas hati.

Menteri Pelanconga­n dan Kebudayaan Malaysia, Datuk Seri Mohammad Nazri Abdul Aziz berkata kementeria­n berhasrat untuk mengembali­kan RM1 bagi setiap RM10 kepada Sarawak bagi tujuan pelanconga­n.

Kenyataan Nazri ini adalah bertentang­an dengan kenyataan beliau sebulan lepas di mana hasil kutipan Cukai Pelanconga­n akan dibahagika­n sama rata antara tiga wilayah ini.

 ??  ??
 ??  ?? BERKEBOLEH­AN: Abang Johari (tiga kiri) tertarik dengan lukisan wajahnya hasil kerja peserta yang menyertai pameran sempena ICSE di BCCK semalam. Turut kelihatan Manyin (kiri) dan Yasmin (dua kiri).
BERKEBOLEH­AN: Abang Johari (tiga kiri) tertarik dengan lukisan wajahnya hasil kerja peserta yang menyertai pameran sempena ICSE di BCCK semalam. Turut kelihatan Manyin (kiri) dan Yasmin (dua kiri).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia