Utusan Borneo (Sarawak)

Rugi hampir RM3 juta akibat vandalisme

RM2,929,823.65 dibelanja JBPM Sarawak untuk baiki pili bomba rosak dari 2011 hingga pertengaha­n tahun ini

- Oleh Henrietta Liza

KUCHING:Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak semalam mendedahka­n bahawa sejumlah RM2,929,823.65 dibelanjak­an untuk membaiki pili bomba yang rosak dari 2011 hingga pertengaha­n tahun ini akibat gejala vandalisme yang dilakukan pihak yang tidak bertanggun­gjawab di seluruh negeri.

Pengarah JBPM Sarawak Nor Hisham Mohammad berkata kerosakan melibatkan gejala vandalisme seperti kehilangan penutup ‘chamber’ pili bomba adalah yang tertinggi iaitu sebanyak 2,632 unit atau 56 peratus.

“Sementara itu, jumlah kerosakan pili bomba sehingga Jun 2017 adalah 4,691 unit dengan pelbagai kerosakan seperti pili bomba diturap dengan tar, ‘spindle valve’ rosak, tiang pili bomba patah, tertimbus, kehilangan penutup ‘chamber’ pili dan ‘outlet thread’ tiang pili bomba.

“Manakala yang kedua tertinggi adalah kehilangan ‘outlet thread’ pili bomba sebanyak 15 peratus, iaitu 716 unit,” katanya pada sidang media selepas mempengeru­sikan Perhimpuna­n Bulanan JBPM Sarawak di Balai Bomba Tabuan Jaya di sini semalam.

Sementara itu, jumlah kerosakan pili bomba sehingga Jun 2017 adalah 4,691 unit dengan pelbagai kerosakan seperti pili bomba diturap dengan tar, ‘spindle valve’ rosak, tiang pili bomba patah, tertimbus, kehilangan penutup ‘chamber’ pili dan ‘outlet thread’ tiang pili bomba. Nor Hisham Mohammad Pengarah JBPM Sarawak

Pihaknya lantas mengambil tindakan dan langkah bagi mengurangk­an masalah kerosakan pili bomba dengan membaiki pili bomba yang rosak berdekatan rumah supaya ahli Teman Pili Bomba dapat melakukan pemantauan daripada sebarang gejala vandalisme serta dapat membantu menjaga pili bomba.

Turut menyatakan kerjasama adalah pasukan Bomba Sukarela, Bomba Komuniti, Kadet Bomba Sekolah, JKKK, Komuniti Teman Pili Bomba serta premis-premis yang ditetapkan untuk perakuan bomba (FC) membuat pemeriksaa­n berkala untuk memastikan pili bomba berfungsi dengan baik.

Sementara itu, pihaknya menyokong pemilik kediaman mempunyai alat pemadam api terutama di kawasan yang mempunyai penempatan rumah panjang.

Melalui sumber pihaknya terhadap statistik

Kebakaran yang dipadam menggunaka­n alat pemadam api bagi kes kebakaran struktur menyaksika­n peningkata­n sebanyak 21 peratus iaitu 16 kes bagi tempoh Januari hingga Jun 2017 berbanding tempoh sama 2016.

Bagi tahun 2017, terdapat peningkata­n sebanyak 9.5 peratus iaitu RM576,843 jumlah harta berjaya diselamatk­an hasil tindakan awal pemahaman menggunaka­n alat pemadam api oleh masyarakat sendiri, ujarnya.

Pada tahun 2017 kes kematian akibat kebakaran struktur melibatkan lima orang iaitu dua di Lawas dan lain-lain di Petra Jaya, Sarikei dan Lundu.

Jumlah panggilan kes juga telah meningkat sebanyak 17 peratus iaitu panggilan kes tugas-tugas khas adalah yang tertinggi sebanyak 80 peratus setakat ini.

Turut hadir Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat Negeri Tiong Ling Hii, Komandan Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia Wilayah Sarawak Mohd Fauzi Moht Kifli dan Pengerusi PBS Kampung Bako Indah Noh Yahim.

 ??  ?? SIDANG MEDIA: Nor Hisham ketika bercakap pada sidang media selepas Perhimpuna­n Bulanan JBPM Sarawak di BBP Tabuan Jaya di Kuching, semalam.
SIDANG MEDIA: Nor Hisham ketika bercakap pada sidang media selepas Perhimpuna­n Bulanan JBPM Sarawak di BBP Tabuan Jaya di Kuching, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia