Utusan Borneo (Sarawak)

Polis Sarawak tahan 55 individu terlibat kegiatan judi

-

KUCHING: Polis Sarawak menahan 55 individu selepas terlibat dalam kegiatan judi dalam 32 serbuan yang dijalankan di 16 daerah di negeri ini.

Operasi yang dilaksanak­an dari 24 hingga 30 Julai lalu, membabtika­n jenayah judi siber, penjualan loteri haram, sabung ayam dan perjudian di tempat awam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sarawak SAC Datuk Dev Kumar dalam kenyataann­ya semalam berkata, 25 serbuan terhadap penjualan loteri haram manakala tiga serbuan judi siber dan masing- masing dua serbuan terhadap kegiatan sabung ayam serta judi di tempat awam.

Mengulas lanjut, Dev berkata seramai 30 individu ditahan semasa operasi penjualan loteri haram yang membawa kepada rampasan wang tunai berjumlah RM3,254 selain beberapa telefon bimbit, pencetak, kalkulator, slip pertaruhan dan alat tulis.

Selain loteri haram, tiga serbuan terhadap premis judi siber di Miri, Marudi dan Lawas berjaya menahan lima individu.

“Pihak polis turut merampas 25 unit komputer dan tablet yang digunakan untuk kegiatan judi siber.

“Antara lain, wang tunai berjumlah RM2,280 turut dirampas dalam operasi tersebut,” katanya.

Sementara itu, Dev mendedahka­n bahawa seramai sembilan individu ditangkap kerana terlibat dalam judi sabung ayam di daerah Padawan termasuk Desa Wira dan Batu Kawa manakala dua lagi ditahan di Betong atas kesalahan sama.

Selain itu, sembilan lagi ditahan kerana bermain judi holo di tempat awam di Sri Aman dan Matu Daro.

Menurut Dev, daripada 55 individu ditahan membabitka­n 43 pesalah lelaki manakala 12 lagi adalah wanita berusia antara 18 hingga 85 tahun.

Kesemua yang ditahan kini disiasat mengikut Akta Rumah Judi Terbuka 1953 dan Ordinan Pencegahan Kekejaman Terhadap Haiwan 1962.

 ??  ?? DITAHAN: Beberapa individu ditahan polis kerana terlibat dalam kegiatan judi.
DITAHAN: Beberapa individu ditahan polis kerana terlibat dalam kegiatan judi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia