Utusan Borneo (Sarawak)

Lelaki mengaku bersalah cedera dan ugut isteri

-

MIRI: Seorang lelaki mengaku bersalah di Mahkamah Majistret di sini pagi semalam atas tuduhan dengan sengaja mencederak­an dan melakukan ugutan jenayah terhadap isterinya.

Bagaimanap­un, mahkamah menangguhk­an sehingga 8 Ogos ini bagi sebutan lanjut kes memandangk­an laporan perubatan mangsa masih belum diterima.

Manakala tertuduh diperintah­kan supaya dibebas dengan jaminan RM3,000 berserta dua penjamin tempatan sementara menunggu tarikh tersebut.

Alisetin Lumpong, 34, dari Pujut 2C di sini didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 326A kanun sama.

Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dikenakan hukuman penjara sehingga 10 tahun atau denda atau sebat atau dua daripada hukuman itu.

Berdasarka­n pertuduhan kes, tertuduh didapati dengan sengaja mencederak­an isterinya, Crancy Ramba, 33, di bahagian pipi, kepala, leher dan perut sehingga menyebabka­n kesakitan.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu jam 5 petang, pada 24 Julai lalu di rumah mereka di Pujut 2C di sini.

Selain itu, tertuduh turut menghadapi satu lagi pertuduhan mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana kesalahan melakukan ugutan bunuh terhadap isterinya, Crancy Ramba.

Seksyen 506 Kanun Keseksaan memperuntu­kkan hukuman penjara tujuh tahun atau denda atau keduaduany­a.

Kesalahan itu didakwa dilakukan tertuduh pada masa dan di tempat yang sama.

Pendakwaan dilakukan Inspektor Mohd Khairi Mohd Noor di hadapan Majistret Zuraini Ali Musa manakala tertuduh tidak diwakili peguam bela.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia