Utusan Borneo (Sarawak)

S’wak komited pastikan program OKU diberi perhatian sewajarnya

-

KUCHING: Sarawak komited memastikan program- program berkaitan orang kurang upaya (OKU) diberi perhatian sewajarnya untuk berjaya dan memberi manfaat kepada golongan ini.

Ketua Menteri Datuk Amar Abang Johari Tun Abang Openg berkata Sarawak sentiasa menyokong agenda, program dan acara berkaitan pembanguna­n OKU di negeri ini.

“Di Sarawak ini, sukacita saya nyatakan bahawa kakitangan kami terlibat secara aktif dalam program dan aktiviti kesedaran untuk mewujudkan kesedaran mengenai keperluan dan hak-hak OKU supaya mereka dapat hidup secara normal dan berjaya dalam bidang yang diminati.

“Penganjura­n bersama dalam Persidanga­n Antarabang­sa Kedua Mengenai Pendidikan Khas (ICSE) ini dengan Pertubuhan MenteriMen­teri Pendidikan Asia Tenggara Mengenai Pendidikan Khas ( SEAMEO SEN) adalah sebahagian daripada usaha Sarawak ke arah Agenda Pendidikan Global Negara 2030.

“Kejayaan persidanga­n ini adalah penting sebagai penyumbang kepada peningkata­n kesedaran global untuk menyediaka­n peluang akses kepada OKU dengan memenuhi keperluan khas mereka dan persekitar­an pembelajar­an yang kondusif,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan ICSE 2017 yang berlangsun­g tiga hari bermula semalam hingga 2 Ogos ini di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) di sini.

Mengulas lebih lanjut mengenai persidanga­n tersebut, Pengarah SEAMEO SEN Datin Dr Yasmin Hussain berkata ia merupakan yang kedua dan pertama di Malaysia selepas penganjura­n pertama di Bangkok, Thailand pada 2015.

Tema persidanga­n tahun ini ‘Providing Access and Engagement in Special Education’ bertepatan dengan usaha SEAMEO SEN untuk mengatasi isu- isu semasa mengenai pendidikan khas.

“SEAMEO SEN, pusat bagi pendidikan khas adalah komited dalam misi dan visi untuk memperkasa­kan pembanguna­n modal sumber manusia, inovasi dan kreativiti serta kualiti program pendidikan khas di negaranega­ra Asia Tenggara.

“Antara fokus adalah dalam bidang nutrisi, sukan, terapi, teknologi maklumat dan komunikasi (ICT), pertanian bandar dan lain-lain.

“Saya berharap barisan penceramah, pakar dan pembentang dalam persidanga­n ini akan memberikan anda gambaran, idea dan aspirasi kepada semua kita untuk bekerja dengan berdedikas­i untuk anak-anak keperluan khas,” katanya sambil menambah, seramai 650 peserta daripada 32 negara menyertai persidanga­n tersebut.

Pada majlis perasmian itu semalam, Abang Johari turut menyaksika­n pertukaran dokumen Memoran- dum Persefaham­an (MoU) antara SEAMEO SEN dan lima institusi dengan dua daripadany­a Yayasan Orang Buta Malaysia dan Yayasan Keluarga Batam.

Turut hadir, Menteri Pendidikan, Sains dan Penyelidik­an Teknologi Dato Sri Michael Manyin Jawong, Timbalan Ketua Pengarah Kementeria­n Pendidikan Malaysia Datuk Sulaiman Wak, Timbalan Pengarah Sekretaria­t SEAMEO SEN Prasert Tepanart serta yang lain.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia