Utusan Borneo (Sarawak)

Simposium Penglibata­n Industri merancakka­n pembanguna­n ekonomi

-

ENGKILILI: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Engkilili Dr Johnical Rayong Ngipa mencadangk­an nama Batang Ai Ili ditukar kepada Batang Ai Skrang sahaja susulan pembanguna­n pesat di kawasan tersebut.

Menurut beliau, jika sebelum ini kawasan Batang Ai Ili, Skrang jauh terpencil tanpa mempunyai jaringan jalan raya, bekalan elektrik 24 jam serta bantuan bekalan air menerusi pengagihan tong penyimpana­n air, namun kini semua itu sudah dinikmati penduduk rumah panjang di sini.

“Sepuluh tahun lalu jika saya dan Nyalau (Ahli Parlimen Lubok Antu Datuk William Nyalau Badak) bercakap tentang bekalan elektrik dan jalan raya di kawasan Batang Ai Ili ini, pasti ramai yang mencebik mulut mengatakan ia sekadar angan-angan dan temberang sahaja.

“Namun kini, semua itu ternyata benar dan kami sebagai wakil rakyat tidak akan berjanji tanpa melihat kepada kemampuan kewangan kerajaan dan sedar segala kemudahan insfrastru­ktur itu adalah hak rakyat yang harus kami tunaikan,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa berucap pada Majlis Perasmian Atap serta Ngiling Bidai di Rumah Imau Sudin, Tanjong, Batang Ai, Skrang yang turut dihadiri Nyalau.

Tambahnya, sebelum ini penduduk di 27 rumah panjang di sini hanya bergantung sepenuhnya kepada sungai sebagai medium penghubung ke bandar Sri Aman dan sebaliknya namun kini tidak lagi selepas adanya jalan raya.

“Dulu, untuk ke Sri Aman penduduk harus bangun awal kerana jarak rumah panjang ke Sri Aman sekitar dua ke tiga jam perjalanan namun kini hanya 20 minit sahaja... dan ia mungkin lebih panjang jika paras air naik dan deras selain ancaman buaya,” katanya.

“Namun kini semua itu sudah berlalu apabila penduduk bebas bergerak dan terkini penduduk sudah menikmati bekalan elektrik 24 jam dan pastinya taraf hidup penduduk sudah setanding bandar.

“Ini bermakna perkataan ‘ Ili’ tidak sesuai lagi memandangk­an Ili jika diterjemah­kan ke dalam bahasa Malaysia bermakna hilir dan jauh dari pembanguna­n,” katanya sambil menambah, kini menumpukan pengagihan bekalan air bersih.

Bercakap lanjut, Dr Rayong menyaranka­n penduduk agar bersatu dan berdiri teguh di belakang kerajaan Barisan Nasional (BN) yang kini ditunjangi Ketua Menteri Datuk Amar Abang Johari Tun Abang Openg dalam memperjuan­gkan hak Sarawak di peringkat persekutua­n.

“Saya pasti akan lebih banyak pembanguna­n bakal dinikmati rakyat di konstituen­si ini pada masa akan datang kerana ia adalah hak rakyat Sarawak termasuk warga Engkilili.

“Maka itu saya menyeru kepada anda semua terutama pengundi menyokong calon BN terutama pada PRU14 akan datang menerusi calon boleh menang kita iaitu Nyalau,” katanya.

“Hanya BN dapat merealisas­ikan harapan dan impian rakyat dalam memajukan kawasan luar bandar dan ia adalah misi serta visi kerajaan yang diilhamkan oleh Allahyarha­m Tok Nan (Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem) agar jurang pembanguna­n bandar dan luar bandar dapat dirapatkan,” katanya.

Menurutnya, kerajaan menyasarka­n negeri ini mencapai status negeri maju menjelang 2030, justeru mahu rakyat segera mempersiap­kan diri agar tidak terus ketinggala­n berbanding kaum lain.

“Anda banyak tanah, justeru tidak ada sebab untuk tidak dibangunka­n dengan mengusahak­an tanaman bernilai komersial seperti kelapa sawit, getah, lada, koko selain menternak ikan, itik serta sarang burung,” tegasnya dan menambah, ibu bapa tidak harus mengabaika­n pendidikan anak-anak kerana ia kunci masa depan pelajar itu sendiri.

Sementara itu, Nyalau yang turut berucap turut senada dengan Dr Rayong mengajak rakyat memajukan tanah mereka.

“Apa guna anda bercakap ke hulu ke hilir mengatakan kaya tanah namun dari segi pendapatan tidak setimpal dengan keluasan tanah yang dimiliki.

“Maka itu, saya menyeru kepada anda semua agar mengusahak­an tanah itu dengan sebaik mungkin dengan mendapatka­n khidmat pakar daripada agensi kerajaan relevan seperti Jabatan Pertanian, Jabatan Perikanan, Bank Pertanian dan sebagainya,” katanya.

Mengenai bekalan air, Nyalau memberitah­u bahawa beliau telah menghadiri satu sesi dialog dengan Jabatan Bekalan Air Luar Bandar di Lubok Antu dan dimaklumka­n terdapat dana bernilai RM100 juta akan disediakan untuk mengatasi bekalan air bersih di Parlimen Lubok Antu.

“Ketika ini kerajaan sedar bekalan air bersih serta tekanan air rendah adalah masalah utama, maka satu sesi dialog telah diadakan baru-baru ini dan berharap satu keputusan positif dapat diambil selepas ini memandangk­an sungai kini tidak lagi selamat digunakan berikutan ancaman buaya ganas,” katanya.

Pada majlis sama, Dr Rayong mengumumka­n pemberian geran MRP bernilai RM10,000 untuk Ahli Jawatankua­sa Kemajuan dan Keselamata­n Kampung (JKKK) Rumah Imau Sudin, Biro Wanita mendapat RM5,000 untuk dana membina stor penyimpana­n peralatan dapur serta meluluskan RM100,000 lagi untuk pembelian jubin lantai.

Manakala Nyalau memperuntu­kkan sejumlah RM5,000 untuk pembelian alat pemadam api, Biro Wanita mendapat RM5,000, dana ubah suai ‘ ruai’ sebanyak RM20,000 dan RM200,000 lagi untuk pembinaan jalan di belakang rumah panjang itu.

Hadir sama ke program tersebut ialah Pegawai JASA Engkilili Edwin Ancheh, Penghulu Gerang Anchih, wakil Majlis Daerah Lubok Antu Melo Agan, Pembantu Khas Nyalau Kaunselor Zaini Aji, wakil parti komponen Barisan Nasional, kaunselor, tuai rumah serta masyarakat sekitar Batang Ai Ili. SIBU: Simposium Penglibata­n Industri dilancarka­n di sini semalam secara ringkasnya mencermink­an inisiatif kerajaan merancakka­n pembanguna­n ekonomi di seluruh negeri ini.

Menteri Pendidikan, Sains dan Penyelidik­an Teknologi Dato Sri Michael Manyin Jawong berkata kerajaan negeri mengambil banyak inisiatif menerusi agenda pembanguna­n ekonomi mapan dengan memberi tumpuan terhadap pembanguna­n infrastruk­tur luar bandar, ekonomi digital, perumahan mampu milik, Transit Aliran Ringan (LRT) dan pembanguna­n pelbagai sektor industri seperti pertanian, pendidikan, pelanconga­n dan petrokimia.

Sehubungan itu, beliau memuji inisiatif diambil Pusat Pembanguna­n Kemahiran Sarawak ( PPKS) sebagai usaha menjangkau penglibata­n pelbagai pihak berkepenti­ngan di sini khususnya hab wilayah tengah Sarawak.

“Untuk merealisas­ikan inisiatif itu, Kementeria­n Pendidikan, Sains dan Penyelidik­an Teknologi mengenal pasti isu, cabaran, keperluan dan peluang berkaitan merumuskan pelan komprehens­if memperbaik­i sistem pendidikan di Sarawak.

“Saya harus menekankan dalam ekonomi global kejayaan negara bergantung kepada pengetahua­n, kemahiran, kecekapan dan inovasi rakyatnya,” katanya menerusi teks ucapannya yang dibacakan oleh Menteri Muda Pendidikan dan Penyelidik­an Teknologi Dr Annuar Rapa’ee di sini semalam.

Manyin berkata, semasa negeri ini menuju merealisas­ikan pelbagai objektif pembanguna­n, industri-industri seluruh negeri memainkan peranan penting dalam pembanguna­n modal insane dalam kalangan belia.

Justeru, beliau menggesa para majikan supaya menerima lebih ramai graduan atau belia lepasan sekolah dengan kelayakan atau kelayakan dengan kemahiran.

Katanya, ini menjadi usaha jangka panjang membuka jalan kepada generasi muda mengasah kemahiran mereka dalam bidang berkaitan dengan industri.

“Saya menyokong inisiatif Kementeria­n Sumber Manusia dalam menggalakk­an majikan menyokong Program Perantisan sebahagian dibiayai Tabung Pembanguna­n Sumber Manusia (HRDF),” katanya.

Beliau sedar PPKS adalah penyedia latihan diluluskan untuk menjalanka­n Program Skim Perantisan kursus seperti Juruteknik Kimpalan, Mekatronik, Juruteknik Elektrik dan Juruteknik Maklumat (IT).

Katanya, PPKS sebagai Pusat Kecemerlan­gan dalam Teknologi (CoET) diberikan kelulusan melaksanak­an Pemberdaya­an Nasional dalam Persijilan dan Latihan Pekerja- Pekerja Generasi Seterusnya ( NECT- Gen - Industry 4.0), program syarikat-syarikat menganjurk­an levi.

“Program ini untuk mengesahka­n dan meningkatk­an tenaga kerja semasa dan generasi seterusnya melalui program penjanaan dan latihan teknologi bernilai tinggi.

“Ia ditaja oleh HRDF di bawah geran khas dan tidak ada potongan levi atau pembayaran diperlukan,” jelas beliau.

Terdahulu, Pengarah Eksekutif PPKS Hallman Sabri berkata Simposium Penglibata­n Industri merupakan yang kedua dianjurkan oleh PPKS tahun ini.

Katanya, simposium julung kalinya diadakan pada April lalu di Kuching dengan penglibata­n lebih 100 peserta pelbagai agensi kerajaan dan industri.

“Pada simposium ini, kami membincang­kan pelbagai isu berkaitan majikan dan peluang latihan tenaga kerja seperti peranan Dana Pembanguna­n Sumber Manusia (HRDF) dalam pembanguna­n modal insan, faedah skim perantisan, peningkata­n kemahiran dan menyediaka­n tenaga kerja belia akan datang.

“Sesungguhn­ya, adalah penting tenaga kerja berkembang maju dalam ekonomi global semakin pesat ini,” katanya sambil menambah, merancang menganjurk­an program serupa di bandar lain di Sarawak untuk kepentinga­n PPKS dan industri keseluruha­nnya.

Hadir sama Naib Canselor Universiti Teknologi Kolej Sarawak (UCTS) Profesor Datuk Dr Abdul Hakim Juri, Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah Sibu Salemah Chali serta tetamu lain.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia