Utusan Borneo (Sarawak)

Bekalan air di S’wak perlu dirawat sepenuhnya

Supaya rakyat di luar bandar, perkampung­an dan jalan pesisir miliki bekalan air selamat diminum

-

KUCHING: Menteri Utiliti Dato Sri Dr Stephen Rundi Utom mahu melihat bekalan air dirawat sepenuhnya di negeri ini supaya semua rakyat, khususnya di kawasan luar bandar, perkampung­an dan jalan pesisir memiliki bekalan air yang selamat diminum.

Katanya ketika ini, bekalan air bersih dirawat adalah 87 peratus dan beliau berharap menjelang 2025, ia akan meliputi 100 peratus secara keseluruha­n.

“Kita akan melihat bagaimana kita dapat membantu sehingga semua kawasan sasaran kita mendapat bekalan air bersih dirawat sepenuhnya,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika bercakap pada Majlis Sambutan Gawai Raya Kementeria­n Utiliti di sebuah hotel terkemuka di sini, malam kelmarin.

Selain itu, Dr Rundi memberitah­u, kementeria­nnya juga akan mengkaji kualiti air empangan hidro dan adakah ia selamat digunakan.

“Kita juga mahu mengkaji secara sepenuhnya mengenai perkara ini dan mendapatka­n pengalaman-pengalaman daripada negara-negara luar,” jelasnya.

Sementara itu, Dr Rundi juga melahirkan perasaan kecewa selepas mendengar khabar kekurangan bekalan air di bandar meskipun terdapat bekalan simpanan.

Katanya, ia adalah sesuatu yang tidak baik memandangk­an kerajaan berterusan berdepan masalah itu dan berharap ia dapat diselesaik­an.

“Kementeria­n saya sedang bekerja keras, kita juga telah mencuba sedaya yang boleh untuk menyampaik­an perkhidmat­an tetapi daripada aspek penyelengg­araannya, ia adalah proses berterusan,” ujarnya.

Pada majlis tersebut, Dr Rundi ditemani isterinya Datin Sri Loreta Sawot.

Hadir sama ialah Menteri Muda Elektrik Luar Bandar Dr Abdul Rahman Junaidi serta isteri, Siti Shorgayah Zaidin serta Setiausaha Tetap Kementeria­n Utiliti Datuk Alice Jawan.

Kita akan melihat bagaimana kita dapat membantu sehingga semua kawasan sasaran kita mendapat bekalan air bersih dirawat sepenuhnya. Dato Sri Dr Stephen Rundi Utom Menteri Utiliti

 ??  ?? RASMI: Dr Rundi (tiga kanan) memotong lemang sebagai simbolik perasmian sambutan Gawai Raya Kementeria­n Utiliti di Kuching, malam kelmarin. Turut kelihatan (dari kiri) Alice, Loreta, Dr Abdul Rahman dan Siti Shorgayah.
RASMI: Dr Rundi (tiga kanan) memotong lemang sebagai simbolik perasmian sambutan Gawai Raya Kementeria­n Utiliti di Kuching, malam kelmarin. Turut kelihatan (dari kiri) Alice, Loreta, Dr Abdul Rahman dan Siti Shorgayah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia