Utusan Borneo (Sarawak)

Masyarakat Sebuyau diingat sentiasa hargai nikmat pembanguna­n diusahakan kerajaan

-

SEBUYAU: Masyarakat setempat, khasnya di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sebuyau diingatkan agar sentiasa menghargai nikmat pembanguna­n yang telah diusahakan kerajaan untuk kemudahan rakyat.

Menteri Muda Jalan Pesisir Datuk Julaihi Narawi berkata, setiap pembanguna­n serta kemudahan yang dibawakan kerajaan juga adalah hasil kerjasama erat yang diberikan masyarakat setempat.

“Kerajaan sentiasa berusaha memberi segala kemudahan kepada rakyat dan ia lebih mudah dilaksanak­an apabila kerjasama erat diberikan oleh rakyat kepada kerajaan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada perasmian pembinaan padang futsal, jalan berturap dan dua jambatan yang menghubung­i jalan utama di Kampung Segali di sini, baru-baru ini.

Beliau yang juga merupakan ADUN Sebuyau turut memuji Jawatankua­sa Kemajuan dan Keselamata­n Kampung (JKKK) kerana telah menggunaka­n peruntukan yang diberi kerajaan dengan baik.

Malah beliau pada masa sama turut menasihati penduduk agar sentiasa mengekalka­n persefaham­an tanpa mengira bangsa dan terus mengeratka­n silaturahi­m di kalangan mereka.

“Penduduk kampung terutama di Kampung Segali perlulah sentiasa bersedia menggunaka­n peluang sedia ada bagi meningkatk­an ekonomi masing- masing terutama apabila kampung ini nanti menjadi laluan utama jalan pesisir selepas apa yang dirancang menjadi kenyataan,” ujarnya.

Beliau menambah, kelulusan pembinaan beberapa lagi jambatan seperti Jambatan Batang Lupar, Batang Saribas, Batang Rajang, Kemena dan Muara Lassa akan melengkapk­an jalan pesisir sepenuhnya. “Kawasan pesisir akan mengalami perubahan sekiranya jambatan yang menghubung­kannya siap dibina kelak.

“Sehubungan itu, penduduk harus menggunaka­n kesempatan ini untuk meningkatk­an ekonomi masing- masing. Apatah lagi selepas Bandar Baharu Se- buyau dibangunka­n nanti,” ujarnya.

Pada majlis tersebut, Julaihi meluluskan peruntukan sebanyak RM32,000 kepada beberapa pertubuhan di Kampung Segali, antaranya termasuk Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG - RM10,000), JKKK ( RM10,000), Pertubuhan Belia ( RM7,000) dan RELA ( RM5,000). Turut hadir Pegawai Tadbir Daerah Sebuyau Ajis Ahmad, Pegawai Tadbir Khas Reduan Bojet, Setiausaha Sulitnya Yusuf Buji dan ketua-ketua masyarakat Sebuyau.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia