Utusan Borneo (Sarawak)

Pesta Limbang 2017 menarik lebih 5,000 pengunjung

-

LIMBANG: Kejayaan Pesta Limbang 2017 menarik lebih 5,000 pengunjung mampu mempopular­kan Limbang sebagai pintu masuk utama di utara negeri ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Danau Paulus Palu Gumbang berkata penganjura­n pesta itu mampu memupuk hubungan dan kerjasama sekali gus menjayakan aktiviti termasuk dalam kalendar perayaan utama di bahagian ini.

“Kejayaan penganjura­n Pesta Limbang hasil komitmen terbaik semua pihak melaksanak­an tang- gungjawab dan tugas diamanahka­n,” katanya pada Majlis Penutupan Pesta Limbang 2017 di sini kelmarin.

Turut hadir Residen Bahagian Limbang Datu Maria Hasman, Pegawai Daerah Limbang Jamalie Busri dan Timbalan Residen Bahagian Limbang Selamat Jati Yanjah.

Paulus berkata, pelbagai aktiviti mewarnai pesta kali ini sekali gus meningkatk­an jumlah pengunjung tempatan dan luar.

“Antaranya Regata Limbang, Malam Belia, Mr Pendekar Kundur, tarian kebudayaan, ‘Voice of Limbang’, rekaan pakaian, artis jemputan, ‘Click n Go’, Regata Idol, ‘bini-bini tagap’ (wanita terkuat) dan ‘adek bigi- bigi’ ( kanak- kanak lelaki terkuat),” katanya.

Jelasnya, penganjura­n pesta itu memberi satu pengalaman menarik bagi peserta selain penonton setia.

Beliau turut berterima kasih kepada ahli Jawatankua­sa Pengelola Pesta Limbang 2017 yang bertungkus-lumus menjayakan pesta tersebut.

 ??  ?? KEJAYAAN BERSAMA: Paulus (berdiri belakang, sepuluh kiri) Maria, Selamat bersama ahli Jawatankua­sa Pengelola Pesta Limbng 2017.
KEJAYAAN BERSAMA: Paulus (berdiri belakang, sepuluh kiri) Maria, Selamat bersama ahli Jawatankua­sa Pengelola Pesta Limbng 2017.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia