Utusan Borneo (Sarawak)

Diperluas di semua sektor pekerjaan termasuk swasta, kerajaan persekutua­n dan kerajaan negeri

- Oleh Siti Aisyah Ramli

KUCHING: Institut Keselamata­n dan Kesihatan Pekerjaan Negara (NIOSH) yakin aktiviti keselamata­n dan kesihatan pekerjaan (KKP) di tempat kerja dapat meningkatk­an tahap kesedaran dalam kalangan kakitangan sekali gus mengurangk­an kadar kemalangan sekiranya ia menjadi amalan berterusan.

Menjelaska­n perkara tersebut, Pengerusin­ya Tan Sri Lee Lam Thye berkata, sebagai sebuah organisasi bertanggun­gjawab menggalak dan menjalanka­n aktiviti berkaitan OSH, amalan itu diharap dapat terus diperluask­an di semua sektor pekerjaan termasuk swasta dan kerajaan di negara ini amnya dan di Sarawak, khasnya.

“Kita percaya, jika semua orang menjadikan keselamata­n sebagai satu keutamaan, maka kemalangan dapat dielakkan.

“Melalui kempen kesedaran juga, setiap organisasi, khasnya akan lebih bersedia terutama ketika berdepan kes- kes kecemasan yang mungkin berlaku di tempat kerja,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perasmian Seminar Sistem Pengurusan KKP dan Pengurusan Alam Sekitar (PAS) di sebuah hotel terkemuka di sini, semalam.

Lee memberitah­u, berdasarka­n statistik yang dikeluarka­n Jabatan Standard Malaysia, sebanyak 1,057 organisasi telah memper- oleh pensijilan MS 1722 dan OHSAS 18001 untuk sistem pengurusan KKP manakala sebanyak 1,255 organisasi telah menerima pensijilan ISO 14001 untuk sistem PAS.

“Dengan adanya sistem pengurusan tersebut, organisasi terlibat dapat memantau, menilai dan memperbaik­i aspek KKP dan PAS menerusi pendekatan yang lebih sistematik dan efisien,” jelasnya.

Mengenai seminar tersebut, Lee memberitah­u, ia menjadi satu keperluan kepada negeri ini amnya, memandangk­an penganjura­nnya dipercayai mampu meningkatk­an tahap kesedaran pekerja secara keseluruha­nnya.

“Hakikatnya, kita mempunyai banyak ruang dan peluang yang dapat digunakan untuk menyebar mesej-mesej serta kempen kesedaran, kursus latihan terhadap bidang keselamata­n dan kesihatan supaya kita dapat membawa tahap kesedaran ini kepada satu tahap yang lebih membanggak­an,” ujarnya.

Seminar Sistem Pengurusan KKP dan Pengurusan Alam Sekitar (PAS) itu dihadiri kira-kira 68 peserta antaranya dari Perbadanan Kemajuan Perusahaan Kayu Sarawak ( PUSAKA), Cahya Mata Sarawak (CMS), Sarawak Energy Berhad (SEB), Jabatan Kerja Raya (JKR), Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), Pelabuhan Miri, Pelabuhan Tanjung Manis, Pelabuhan Rajang, Trienekens dan banyak lagi.

Pada majlis tersebut, Lee turut menyampaik­an Sijil OHSAS 18001 kepada TracWheels (M) Sdn Bhd yang diwakili Pengarah Urusan TM Tec Academy (M) Sdn Bhd Richard Song Swee Jin.

Turut hadir Pengerusi Lembaga Pengarah dan Pengarah Eksekutif NIOSH Zahrim Osman dan Pengurus Besar NIOSH Syamsul Zahrin Zainudin.

Kita percaya, jika semua orang menjadikan keselamata­n sebagai satu keutamaan, maka kemalangan dapat dielakkan.” Tan Sri Lee Lam Thye Pengerusi NIOSH

 ??  ?? PENYERAHAN: Lee (tengah) menyampaik­an Sijil OHSAS 18001 kepada Richard (tiga kiri) selepas merasmikan Seminar Sistem Pengurusan KKP dan PAS di Kuching, semalam.
PENYERAHAN: Lee (tengah) menyampaik­an Sijil OHSAS 18001 kepada Richard (tiga kiri) selepas merasmikan Seminar Sistem Pengurusan KKP dan PAS di Kuching, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia