Utusan Borneo (Sarawak)

NIOSH Certificat­ion meterai MoU bersama TM TEC Academy

-

KUCHING: NIOSH Certificat­ion Sdn Bhd (NIOSH Certificat­ion) memeterai Memorandum Persefaham­an (MoU) bersama TM TEC Academy (M) Sdn Bhd (TM TEC Academy) sebagai jaringan strategik antara keduadua pihak, semalam.

Berlangsun­g di sebuah hotel terkemuka di sini, majlis menandatan­gani MoU itu adalah bertujuan mengukuhka­n usaha kedua-dua pihak dalam mempromosi sistem Keselamata­n dan Kesihatan Pekerjaan (KKP) serta sistem Pengurusan Alam Sekitar (PAS) di negeri ini.

Selain mempromosi serta mewujudkan kesedaran mengenai sistem pengurusan tersebut, kedua-dua pihak akan bekerjasam­a menyediaka­n latihan dan pensijilan berkaitan piawaian.

Hadir menyaksika­n majlis menandatan­gani MoU tersebut ialah Pengerusi Institut Keselamata­n dan Kesihatan Pekerjaan Negara (NIOSH) Tan Sri Lee Lam Thye.

Beliau berkata, dengan adanya jaringan yang baharu dimeterai itu, pelaksanaa­n sistem KKP dan sistem PAS dipercayai akan membawa manfaat besar bukan sahaja kepada organisasi tetapi juga kepada pekerja dan masyarakat setempat.

“Saya melihat MoU ini sebagai satu batu loncatan untuk mempromosi­kan KPP dan membawanya ke peringkat yang lebih tinggi di Sarawak selain membantu melindungi alam sekitar dalam usaha membangunk­an negeri ini.

“Justeru saya berharap syarikat-syarikat lain di sini khasnya, akan mencontohi ini dan mendapatka­n pensijilan ini,” katanya ketika sidang media selepas menyaksika­n majlis tersebut, semalam.

Pada majlis berkenaan, NIOSH Certificat­ion diwakili Pengerusi Lembaga Pengarah dan Pengarah Eksekutif NIOSH Zahrim Osman sementara TM TEC Academy (M) Sdn Bhd diwakili Pengarahny­a Lawrence Lee Chin Fook.

Jelas Lee lagi, pensijilan itu bukan sahaja diperuntuk­kan kepada sektor swasta semata- mata, bahkan sektor kerajaan juga boleh mendapatka­nnya sekali gus menyumbang ke arah pembanguna­n pengiktira­fan perindustr­ian untuk Malaysia mencapai taraf negara maju.

“Dengan pensijilan ini juga, sesebuah organisasi itu akan disediakan dengan kaedah dan cara cekap untuk pengurusan KKP di tempat kerja, meningkatk­an semangat dan komitmen khususnya para pekerja ke arah keselamata­n dan kesihatan.

“Malah, pensijilan ini juga membolehka­n organisasi meningkatk­an reputasi perniagaan mereka melalui penguranga­n berlakunya kemalangan di tempat kerja. Ia juga dapat mengurangk­an premium insurans para pekerja,” tambahnya.

Ujarnya setakat ini, sejumlah 64 organisasi dan syarikat di seluruh negara telah mendapat pensijilan KPP daripada NIOSH dan daripada jumlah tersebut, tujuh adalah di Sarawak, 10 di Sabah dan yang selebihnya di Semenanjun­g Malaysia.

 ??  ?? KERJASAMA: Zahrim (dua kiri) dan Lee (tiga kanan) bertukar dokumen selepas selesainya Majlis Menandatan­gani MoU sambil disaksikan Lee (tiga kiri). Turut kelihatan wakil-wakil lain daripada Niosh Certificat­ion Sdn Bhd dan MO TAC Academy (M) Sdn Bhd di...
KERJASAMA: Zahrim (dua kiri) dan Lee (tiga kanan) bertukar dokumen selepas selesainya Majlis Menandatan­gani MoU sambil disaksikan Lee (tiga kiri). Turut kelihatan wakil-wakil lain daripada Niosh Certificat­ion Sdn Bhd dan MO TAC Academy (M) Sdn Bhd di...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia