Utusan Borneo (Sarawak)

Ops Patuh banteras perjudian haram di Miri bermula awal Ogos

-

MIRI: Pegawai penguat kuasa Majlis Bandaraya Miri (MBM) bersiap sedia menguatkua­sakan Ops Patuh yang dijangka dilaksanak­an awal Ogos ini.

Datuk Bandarnya Adam Yii berkata operasi penguatkua­saan itu merupakan operasi bersepadu diadakan dengan kerjasama pelbagai agensi kerajaan berkaitan.

Berucap semasa mesyuarat penuh ahli-ahli MBM di sini semalam, Adam menjelaska­n MBM memberi komitmen sepenuhnya terhadap Ops Patuh dalam usaha membantera­s aktiviti perjudian haram di sekitar bandar raya ini.

Sehubungan itu, beliau mengingatk­an semua pengusaha premis perniagaan supaya mempamerka­n lesen perniagaan masing-masing.

Mengenai isu kebersihan sepanjang pinggir pantai di sini, Adam memuji usaha dilakukan sekumpulan sukarelawa­n yang mengambil inisiatif mengutip sampah seperti botol plastik dan mengalihka­n kayu serta serpihan kayu dan papan terdampar di pantai.

“Keadaan ini bukan sahaja mengotorka­n pantai malah memburukka­n pemandanga­n pantai di Miri,” katanya sambil menambah, MBM tampil dengan sejumlah peruntukan bagi membersihk­an sepanjang pinggir pantai.

Pada masa sama, Adam turut melahirkan rasa terima kasih dan gembira dengan Jawatankua­sa Penduduk Pujut yang merancang aktiviti gotong- royong sepanjang pantai selepas kejayaan acara pertama diadakan sebelum ini.

Beliau berkata, MBM juga mendapatka­n sejumlah peruntukan bagi menangani isu anjing-anjing terbiar sekitar bandar raya ini berikutan banyak aduan awam berhubung masalah itu sekali gus menimbulka­n kebimbanga­n awam terhadap isu kesihatan berkaitan dengannya.

Turut hadir Setiausaha MBM Morshidi Frederick dan jurutera bandar, Chai Ko Het.

 ??  ?? PENGHARGAA­N: Adam (dua kiri) menyampaik­an cenderamat­a penghargaa­n kepada kakitangan­nya, Osman Mohamad yang berkhidmat selama 39 tahun bersama Jabatan Kejurutera­an sambil disaksikan Morshidi (kiri) dan Chai.
PENGHARGAA­N: Adam (dua kiri) menyampaik­an cenderamat­a penghargaa­n kepada kakitangan­nya, Osman Mohamad yang berkhidmat selama 39 tahun bersama Jabatan Kejurutera­an sambil disaksikan Morshidi (kiri) dan Chai.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia