Utusan Borneo (Sarawak)

Lelaki ditahan bantu siasatan kes cabul budak

-

KOTA SAMARAHAN: Polis menahan seorang lelaki dari Asajaya di sini bagi membantu siasatan berhubung kes cabul kanak-kanak berusia 19 bulan.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sarawak SAC Datuk Dev Kumar berkata lelaki berusia 22 tahun itu ditahan di rumah tidak bernombor di Kampung Tambirat kira-kira jam 2.50 petang Ahad.

“Suspek merupakan saudara jauh kepada keluarga kanak- kanak tersebut.

“Kini dia direman tujuh hari sehingga 8 Ogos ini,” kata Dev dalam kenyataann­ya, semalam.

Mengulas lanjut, beliau berkata kes itu disedari ibu mangsa apabila mendapati ada kesan lebam pada bahagian sulit anak perempuann­ya semasa menukar lampin.

Susulan itu, katanya dia kemudian memaklumka­n perkara itu ke- pada suaminya.

Menurut Dev, selepas itu seorang lagi anak perempuann­ya berusia lima tahun turut mengadu dicium suspek dan disuruh melakukan aksi seks.

“Suspek juga dikatakan telah memasukkan jarinya ke dalam alat sulit mangsa.

“Bapa mangsa bertindak membuat laporan polis di Kota Samarahan sejurus mengetahui perkara itu,” katanya.

Dev berkata setakat ini, Sarawak telah merekodkan dua kes di bawah Akta Jenayah Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Sebelum ini, kes pertama direkodkan pada 13 Julai lalu membabitka­n mangsa berusia 16 tahun.

Menurut beliau, suspek kini disiasat di bawah Seksyen 14(a) dan (d) Akta Jenayah Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 yang boleh dikenakan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia