Utusan Borneo (Sarawak)

Strategi pencegahan dan pengawalan wabak rabies

Antaranya sekat pergerakan haiwan keluar dari kawasan wabak ke kawasan lain atau masuk ke kawasan wabak

- Oleh Nick Fletcher

KUCHING: Menyekat pergerakan haiwan khususnya anjing keluar dari kawasan wabak ke kawasan lain atau masuk ke kawasan wabak, adalah antara strategi pencegahan dan pengawalan wabak rabies yang dijalankan di negeri ini.

Selain itu, Jawatankua­sa Pengurusan Bencana Sarawak (JPBN) menyatakan bahawa kerjasama dua hala SarawakKal­imantan Barat juga telah dilaksanak­an, selain mewujudkan Zon Penampan serta kawalan ketat di pos-pos lintas sempadan.

Tambahnya, strategi pencegahan dan pengawalan lain adalah seperti mewujudkan ‘immunity belt’ untuk menyekat penyebaran ke kawasan tengah dan utara negeri ini termasuk vaksinasi haiwan dan pemantauan di kawasan wabak serta aktiviti kesedaran masyarakat.

Menurut JPBN lagi, sebanyak 23,285 haiwan yang merangkumi 15,645 ekor anjing,

Orang ramai dinasihati mengambil tindakan selepas pemvaksina­n rabies seperti kurungkan haiwan kesayangan anda setelah divaksin sekurangku­rangnya 28 hari dan jangan mandikan haiwan kesayangan selepas vaksin selama lima hari. Jurucakap JPBN

7,595 ekor kucing serta 45 ekor haiwan lain tela divaksin setakat semalam.

“Orang ramai dinasihati mengambil tindakan selepas pemvaksina­n rabies seperti kurungkan haiwan kesayangan anda setelah divaksin sekurang-kurangnya 28 hari dan jangan mandikan haiwan kesayangan selepas vaksin selama lima hari.

“Sila laporkan kepada Jabatan Veterinar sekiranya haiwan kesayangan anda menunjukka­n tanda- tanda tidak normal seperti gang- guan mental atau perubahan sikap, menjadi garang dan menggigit, air liur meleleh, berhenti makan dan minum, lumpuh dan mati serta takut kepada air (Hydrophobi­a),” kata jurucakap JPBN.

Pada masa sama, JPBN menyatakan bahawa sebanyak 545 ekor anjing dan kucing liar juga telah ditangkap.

Sementara itu, ia turut menyatakan seramai 1,255 orang telah digigit anjing dalam tempoh 1 April hingga 31 Julai dan seramai 714 orang telah divaksin.

 ??  ?? KAWASAN RABIES: Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek (dua kiri) dan Timbalan Ketua Menteri selaku Pengerusi Jawatankua­sa Pengurusan Bencana Negeri Datuk Amar Douglas Uggah Embas (kiri) melihat peta kawasan yang telah...
KAWASAN RABIES: Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek (dua kiri) dan Timbalan Ketua Menteri selaku Pengerusi Jawatankua­sa Pengurusan Bencana Negeri Datuk Amar Douglas Uggah Embas (kiri) melihat peta kawasan yang telah...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia