Utusan Borneo (Sarawak)

MBM masih menunggu keputusan ujian rabies mangsa gigitan anjing

-

MIRI: Majlis Bandaraya Miri (MBM) masih menunggu keputusan ujian rabies daripada Hospital Miri ke atas seorang lelaki digigit seekor anjing terbiar pada malam Sabtu lalu.

Datuk Bandar MBM Adam Yii berkata keputusan itu tidak dapat diperolehi segera tetapi mengambil masa kerana wabak tidak menunjukka­n tanda-tanda segera sebaliknya perlahan-lahan.

“Kita difahamkan lelaki terbabit masih ditahan di Hospital Miri dan dikuaratin bagi pemeriksaa­n kesihatan lebih lanjut.

“Saya dan MBM yakin Hospital Miri pasti melakukan langkah-langkah terbaik membendung wabak anjing gila atau rabies, jika benar berlaku atau terdapat wabak di sini,” katanya selepas mempengeru­si mesyuarat penuh MBM di sini semalam.

Adam turut mengesahka­n pihaknya berjaya menangkap anjing hitam terbabit pada malam Ahad lalu dan kini ditahan MBM untuk menjalani ujian rabies.

“Ia tidak dapat ditentukan dalam tempoh sehari dua, sebaliknya mengambil masa panjang bagi mengenal pasti atau menentukan sama ada ia dijangkiti wabak rabies atau sebaliknya,” jelas beliau.

Adam memberitah­u, beliau juga dimaklumka­n bahawa anjing hitam terbabit turut mempunyai tiga ekor anak anjing dan ketiga- tiganya juga ditangkap oleh pihak berkuasa MBM dan dibawa ke pusat kurungan di sini.

Sementara itu, Adam meminta orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh menimbulka­n panik dalam kalangan orang awam.

“Orang awam terutama pemilik anjing atau kucing juga diminta tidak membiarkan binatang peliharaan mereka berkeliara­n di luar kawasan rumah dan sebaik-baiknya dikurung agar tidak bergaul dengan anjing lain terutama anjing liar,” tambahnya.

Pada Sabtu lalu, sekitar jam 7.30 malam seorang lelaki berusia 30-an diserang dan digigit seekor anjing liar di kaki kanannya di belakang deretan rumah kedai di Pujut 7, di sini.

Mangsa kemudian dibawa terus ke Hospital Miri oleh kumpulan Jawatankua­sa Penduduk Pujut yang meronda di kawasan terbabit pada malam yang sama.

Sementara itu, aktivis dan pertubuhan pencinta haiwan peliharaan di sini, Zero Strays Miri ( ZSM) turut menghubung­i MBM dan bersedia membantu mengatur pertemuan dengan mana-mana pihak atau individu berminat memelihara tiga ekor anak anjing terbabit.

 ??  ?? BERKELIARA­N: Salah seekor anak anjing terbiar didapati berkeliara­n mencari makanan di belakang deretan kedai di Pujut 7 di Miri sebelum ditangkap bersama dua ekor anak anjing lain oleh penguat kuasa MBM.
BERKELIARA­N: Salah seekor anak anjing terbiar didapati berkeliara­n mencari makanan di belakang deretan kedai di Pujut 7 di Miri sebelum ditangkap bersama dua ekor anak anjing lain oleh penguat kuasa MBM.
 ??  ?? UNTUK KENANGAN: Crystal Ong merakam kenangan bersama para peminat dan pelanggan Emart.
UNTUK KENANGAN: Crystal Ong merakam kenangan bersama para peminat dan pelanggan Emart.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia