Utusan Borneo (Sarawak)

PERKESO selesai kes bayaran faedah Pencen Penakat

-

MIRI: Pertubuhan Keselamata­n Sosial (PERKESO) Miri berjaya menyelesai­kan kes bayaran faedah Pencen Penakat kepada salah seorang balu selepas 20 tahun.

Pengurus PERKESO Miri Hendera Saiful berkata ia adalah bayaran pencen penakat yang merekodkan sejarah tersendiri di Sarawak dengan mengambil masa paling lama iaitu 20 tahun.

“Ia adalah hasil kejayaan seminar dianjurkan PERKESO Miri di salah sebuah syarikat pemaju dan berjaya mengesan seorang balu yang layak menerima Pencen Penakat,” katanya pada sidang media di sini semalam.

Hendera memberitah­u, ia adalah kes kedua diselesaik­an di sini selepas pembayaran sama kepada pewaris lain yang layak selepas 11 tahun.

“Sebenarnya masih ramai pencarum tidak mengetahui faedah semasa mereka mencarum malah ramai tidak tahu tentang Pencen Penakat,” jelasnya.

Menurutnya, pencen ini dibayar kepada orang tanggungan yang layak apabila orang berinsuran­s meninggal dunia akibat sebarang sebab tidak berkaitan dengan pekerjaan.

“Untuk rekod, sejumlah 84 kes berkaitan Pencen Penakat diselesaik­an sehingga Julai ini dengan pembayaran berjumlah RM387,699.28 di Miri,” katanya.

Hendera menambah, kebanyakan balu atau anak pencarum kurang mendapat maklumat tentang Pencen Penakat dan atas sebab itu kes mereka hanya dikesan berpuluh-puluh tahun.

“Saya menyaranka­n orang ramai atau waris datang ke pejabat PERKESO bersama bukti sahih mengemukak­an permohonan Pencen Penakat,” jelasnya.

Semalam juga berlangsun­g penyerahan cek kepada balu, Naemah Abdullah selepas suaminya Allahyarha­m Kitlee Salihi meninggal dunia dis- ebabkan mati lemas pada 1997.

Naemah melahirkan perasaan gembira dan bersyukur kerana mendapat bayaran PERKESO dan Pencen Penakat bulanan.

“Saya tidak percaya selepas 20 tahun, saya dan keluarga mendapat bayaran daripada PERKESO dan Pencen Penakat bulanan sedikit sebanyak meringanka­n beban kami sekeluarga,” katanya.

Naemah juga berterima kasih dengan PERKESO Miri khasnya pegawainya yang memberi penerangan tentang faedah PERKESO dalam ceramah dianjurkan.

“Sebenarnya adik ipar saya, Mislia Salihi memaklumka­n kepada saya berkenaan kelayakan menerima Pencen Penakat selepas menghadiri ceramah PERKESO,” katanya.

Hadir sama Ketua Unit Penguatkua­saan PERKESO Miri Neili Stephen Manggang serta adik Allahyarha­m Kitlee Salihi, Mislia Salihi. BINTULU: Persatuan Dayak Sarawak (PEDAS) Bintulu menghulurk­an bantuan kepada seorang ibu tunggal, Lia Girak, 40, yang mempunyai tujuh orang anak tinggal di kawasan setinggan Pasir Putih, Jalan Tanjung Kidurong di sini.

Penyerahan sumbangan yang disampaika­n Pengerusi PEDAS Bintulu Pete Bujang, turut disertai ahli persatuan tersebut.

Antara sumbangan termasuk barangan dapur, susu, lampin anak serta barangan keperluan asas.

PEDAS turut membantu Lia membuka akaun bank baharu bagi memudahkan beliau memperoleh­i bantuan kewangan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Pete berharap agar lebih ramai pihak tampil menghulurk­an bantuan kepada ibu tunggal itu serta anaknya yang masih kecil bagi meringanka­n beban keluarga terbabit.

“PEDAS Bintulu berharap semua pihak menghulurk­an bantuan bagi meringanka­n beban ditanggung keluarga serba kekurangan itu,” katanya.

Sambil menyifatka­n PEDAS aktif dalam kegiatan kemasyarak­atan khususnya membantu golongan memerlukan, sumbangan itu merupakan cara pihaknya membantu golongan kurang bernasib baik khususnya dalam kalangan komuniti Dayak di sini.

Justeru, bagi mana-mana individu yang ingin menghulurk­an bantuan boleh menyalurka­n ke akaun Bank Simpanan Nasional (BSN) milik beliau di nombor 1311020- 00624545 atau datang sendiri ke rumah keluarga itu di Pasir Putih, Kidurong.

 ??  ?? SUMBANGAN: Pete (dua kanan) serta ahli PEDAS Bintulu bersama Lia (tengah) pada penyerahan sumbangan semalam.
SUMBANGAN: Pete (dua kanan) serta ahli PEDAS Bintulu bersama Lia (tengah) pada penyerahan sumbangan semalam.
 ??  ?? BAYAR: Hendera (dua kanan) dan Neili (kanan) menyampaik­an cek kepada Naemah (tiga kanan) yang menerima Pencen Penakat selepas 20 tahun, di Miri semalam.
BAYAR: Hendera (dua kanan) dan Neili (kanan) menyampaik­an cek kepada Naemah (tiga kanan) yang menerima Pencen Penakat selepas 20 tahun, di Miri semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia