Utusan Borneo (Sarawak)

Kualiti air di 18 sungai separa tercemar

58 kawasan tadahan air belum diwarta, sukarkan penguatkua­saan, pemantauan

-

KUCHING: Laporan Kualiti Alam Sekitar ( EQR) oleh Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar (NREB) Sarawak mendapati kualiti air di 18 sungai telah dikategori sebagai separa tercemar dan memerlukan rawatan lanjut.

Perkara itu dinyatakan oleh Ketua Audit Negara (KAN) Tan Sri Dr Madinah Mohamad dalam Laporan KAN Siri 1, 2016 yang dikeluarka­n semalam.

Selain itu katanya, sebanyak 58 kawasan tadahan air yang telah dikenal pasti belum diwartakan menyebabka­n tindakan penguatkua­saan, pemantauan dan pemulihan tidak dapat dilaksanak­an.

Tambahnya lagi, aktiviti pemantauan dan penguatkua­saan yang dijalankan tidak mencukupi bagi memastikan aktiviti dilarang daripada dijalankan dalam lingkungan lapan kilometer dari muka suak.

“Pengurusan kawal selia air negeri Sarawak pada keseluruha­nnya memuaskan namun terdapat beberapa kelemahan dikesan yang perlu ditangani segera.

“Tujuan pengaudita­n itu dilakukan untuk menilai pengurusan sumber air di Sarawak telah diurus dengan lengkap serta berhemat untuk mencapai objektif ditetapkan,” katanya.

Menurut Madinah lagi, skop pengaudita­n kali ini meliputi pengurusan sumber air di Sarawak dari sungai sebagai sumber air mentah hingga ke loji rawatan air.

Beliau berkata pengaudita­n yang dilakukan antara November 2016 hingga Februari 2017 turut mendapati kualiti air mentah boleh diekstrak daripada sumber air tanpa kesan negatif atau impak ekologi di Serian, Mukah, Tatau, Bintulu, Limbang dan Lawas kurang berbanding permintaan.

“Kapasiti loji rawatan air bagi bandar Limbang (yang dikawal selia oleh LAKU Management Sdn Bhd) dan kawasan Kuching, Samarahan serta Bintulu (dikawal selia oleh Jabatan Bekalan Air Luar Bandar - JBALB) kurang berbaning permintaan pada masa kini.

“Manakala kapasiti Loji Rawatan Air ( LRA) Batu Kitang bagi kawasan Kuching serta Samarahan akan menghadapi kekurangan untuk memenuhi permintaan air bersih pada 2020,” katanya.

Selain itu ujarnya, sebanyak sembilan LRA di bawah seliaan JBALB didapati tidak beroperasi manakala tiga kawasan tidak mempunyai LRA iaitu Santubong/Damai di Kuching, Bario, Miri dan Pandan, Bintulu.

Justeru ujarnya, bagi memastikan pengursan kawal selia air negeri diurus dengan lebih cekap, teratur dan mencapai objektif ditetapkan, disyorkan pihak berkaitan mengambil empat tindakan penambahba­ikan.

Pertama katanya, PBAN dan pihak berkuasa bekalan air hendaklah memastikan seluruh negeri Sarawak mendapat bekalan air mencukupi dan bersih.

Selain itu PBAN perlu bekerjasam­a dengan NREB Sarawak mengambil tindakan penyelesai­an terhadap 18 sungai yang menjadi sumber air mentah dan telah dikategori­kan sebagai separa tercemar.

“PBAN hendaklah mewartakan semua kawasan tadahan air yang dikenal pasti dengan segera bagi mengelak sebarang aktiviti dilarang dijalankan di kawasan tersebut.

“PBAN pada masa sama perlu menjalanka­n penguatkua­saan bagi aktiviti terlarang dijalankan di kawasan tadahan air telah diwartakan dengan kerjasama Jabatan Tanah dan Survei dan Jabatan Hutan Sarawak,” tegasnya.

Pengurusan kawal selia air negeri Sarawak pada keseluruha­nnya memuaskan namun terdapat beberapa kelemahan dikesan yang perlu ditangani segera. Tan Sri Dr Madinah Mohamad Ketua Audit Negara

 ??  ?? RAI BERSAMA: Utong (tengah), Brian (tiga kiri) serta yang lain memotong kek pada ‘Makai Serumpu & Nyidie Kaban Belayan’ di Sibu.
RAI BERSAMA: Utong (tengah), Brian (tiga kiri) serta yang lain memotong kek pada ‘Makai Serumpu & Nyidie Kaban Belayan’ di Sibu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia